10 Tips Untuk Kekal Cerdik Dan Tajam Minda. No 5 Jarang Orang Amalkan

Anda mudah lupa.Apa kata mula cari cara intuk memastikan ia tidak berlaku lagi.Kadangkala,jika anda lupa sesuatu perkara itu adalah normal.Tetapi jika ia sentiasa berlaku,bermakna anda perlu aktifkan otak dan agar minda sentiasa tajam.

 

Selain gemuk dan kulit kedut (hehe), benda yang admin agak takut adalah bila minda atau daya ingatan semakin lemah tanpa disedari atau diketahui puncanya. Mana taknya, sebab hobi admin ni gemar berfikir (berangan jugak sebenarnya), jadi kalau ada masalah berkaitan minda admin akan cepat-cepat cari punca dan solusinya. sharpen your mind minda.

 

Dan ini antara apa yang biasa admin amalkan tips yang telah terbukti dengan pelbagai kajian, dalam rutin harian untuk menajamkan minda, cer amalkan, dalam seminggu pun boleh nampak hasil tau. 😉

 

1) Gunakan otak anda

 

 

  • Anda boleh cuba membaca buku,menghadiri seminar,mendengar radio,bermain permainan,melawat muzium atau belajar bahasa baru bagi memastikan otak sentiasa aktif dan minda sentiasa tajam.

 

2)campur aduk perkara biasa

 

 

  • Penyelidikan di Duke university telah mencipta senaman yang dikenali sebagai neurobic.Senaman ini mencabar otak untuk fikir dalam cara baru.Gunakan 5 deria rasa untuk mengasah minda.Sebagai contoh,jika anda pengguna tangan kanan,cuba berlatih guna tangan kiri.Anda juga boleh menutup mata  dan cuba kenali makanan melalui rasa.

 

3)Dengar dan main alat muzik

 

 

  • Memainkan alat muzik sejjak dari kecil dikatakan boleh memastikan anda berfikiran lebih jelas apabila anda sudah besar.Muzik meransang fungsi mental seperti ingatan dan kebolehan untuk merancang.Ia juga boleh membantu koodinasi tangan lebih baik.Masih tidak terlambat untuk belajar bermain alat muzik.

 

4)Diet sihat membina kuasa minda

 

 

  • pilih makanan yang baik untuk jantung dan ukuran pinggang anda.Cubalah untuk panggang atau bakar makanan daripada menggoreng.masak dari minyak baik seperti minyak daripada kacang,bijian dan zaitun dan bukannya mentega atau lemak daripada minyak.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ikan.

 

5)Bersenam agar minda tajam

 

 

  • Seperti yang disebutkan, minda yang aktif adalah minda yang tak malas dan ia datang dari tubuh kita. Sebab selain kita gerakkan tubuh dengan gerakan tertentu secara aktif, ia juga secara tak langsung beri kesan secara psikologi,mendorong minda kita untuk aktif dan cepat tangkap sikit.Sebab itu juga, orang yang kerap bersenam ni dia inherently cerdik dan cepat nak keluarkan buah fikiran dia.

 

6)Cari kawan baru

 

 

  • Jadilah seorang yang peramah.Bercakap dengan orang lain akan menajamkan minda.Tidak kiralah ditempat kerja atau dirumah mahupun dalam masyarakat setempat.Kajian menunjukan aktivito social mampu memperbaiki minda.

 

7)Kekal bertenang

 

 

  • Terlalu banyak stres boleh merosakan otak terutamanya sel-sel yang menyimpan dan memproses maklumat.Apa kata anda bertenang dan berehat.Tidak sukar untuk rileks.Anda boleh cari perkara yang buat anda gembira.Anda juga boleh mendengar muzik.

 

8)Tidur yang cukup

 

 

  • Ini antara langkah yang paling asas kerana ketika tidur adalah waktu tubuh buat proses pemulihan dan topup apa yang perlu, selain stor info-info yang telah diterima seharian untuk kegunaan esok hari.Kekurangan tidur hanya akan buat kita hilang fokus, lemah memori, dan tiada daya untuk serap memori baru.

 

9)Buat pembantu ingatan

 

 

  • Seiring dengan usia,kadangkala anda terlupa sesuatu perkara yang perlu dilakukan.Itu adalah perkara normal kerana ia sebahagian dari penuaan.Anda boleh mula buat pembantu ingatan.Tulis apa yang anda mahu buat.Gunakan fungsi kalendar dan reminder dalam telefon untuk mengingatkan perkara yang anda mahu buat.

 

10)Mental yang positif

 

 

  • Dalam aspek psikologi, minda ynag positif cenderung untuk mempunyai memori minda yang tinggi berbanding minda yang sentiasa murung, sedih, atau sokmo negatif.Simply pastilah kerana apa yang kita fikir/cakap akan terpahat di minda kita juga.

 

Petua akan tinggal petua jika tidak beramal. Ibarat “pokok tanpa buah” dan “Titan tanpa cendol” Maka, kuatkan semangat dan bulatkan tekad untuk menjadi lebih baik dari semalam! 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top