100 PESANAN KEPADA MAHASISWA YANG BAKAL MASUK KE UNIVERSITI 2017

100 PESANAN KEPADA MAHASISWA YANG BAKAL MASUK KE UNIVERSITI 2017

1. Sebaiknya sahaja anda mendapat tawaran universiti , perkara yang perlu dilakukan ialah syukur.

2. Anda masuk universiti kerana rezeki yang Allah sudah tentukan.

3. Tidak perlu screenshot surat tawaran universiti lalu dihebahkan ke facebook. Itu baru tawaran, bukan segenggam ijazah. Anda “mungkin” melukakan hati rakan yang tidak berjaya ke universiti.

4. Masuk universiti adalah salah satu impian yang kebanyakan ingin dimiliki oleh pelajar sekolah.

5. Jangan lupa terima kasih kepada guru yang mengajar anda. Beritahu mereka, pelajar yang kamu(guru) ajar dulu telah pun berjaya melangkah ke universiti. Kejayaan pelajar adalah kepuasan bagi seorang guru, bukan pada nilai gaji yang mereka dapat.

6. Buat persiapan rapi supaya tidak mengalami kesulitan terutama di hari pendaftaran universiti.

7. Dokumen adalah salah satu benda yang berat. Hilang / tertinggal satu dokumen , ia akan memperbanyakkan urusan. Pastikan ia dijaga untuk urusan universiti terutama tiket perjalanan, urusan passport , dan dokumen ingin dikemukanan di hari pendaftaran.

8. Belum masuk universiti, anda sudah menghabiskan duit untuk keperluan terutama tinggal di asrama, minimumkan belanja. Mana barang masih elok. Bawa saja. Duit banyak lagi kena pakai nanti.

9. Laptop adalah satu keperluan. Ia ibarat jantung kepada pelajar.

10. Adalah tidak patut anda menyisihkan rakan anda yang tidak berjaya ke univerisiti. Mereka tetap kawan. Akan satu masa mereka boleh membantu di saat sukar.

11. Setiap mereka datang di universiti , mempunyai latar belakang berbeza, jangan sibuk sangat benda ini kerana mungkin seseorang itu punya kisah lampau. Berbuat baik sesama manusia . Tuhan akan balas juga dengan kebaikan.

12. Universiti nanti banyak kena pakai duit, ukur baju di badan sendiri. Jangan berseronok sangat.

13. Minggu orientasi penuh dengan kelesuan dan rasa penat, tapi disitu la semua info universiti anda akan dapat.

14. Skip mandi dan memakai baju yang sama semasa orientasi itu perkara biasa, kerana orientasi selalunya berlarutan ke tengah malam. Balik hostel saja kebanyakannya terus tumbang ke katil kepenatan.

15. Dari masuk universiti ini mungkin dalam kalangan anda pertama kali menaiki kapal terbang.

16. Universiti akan berkumpul pelajar seluruh negeri yang belajar bersama-sama anda.

17. jangan lupa ibu bapa. Jika mereka sudah tiada , doakan mereka. Ini asas sebagai anak untuk berjaya.

18. Di sekolah semua “cikgu”, di universiti akan berhadapan dengan pensyarah yang berpangkat Prof, Dr, mahupun Datuk. Jangan silap panggil , kadang- kadang ada yang sensitif berkenaan gelaran ini.

19. Tidak perlu “gantung” kad matrik sampai ke shopping mall mahupun tengah jogging, biasanya terjadi kepada pelajar baharu. Kita semua sayang universiti tempat kita belajar, tak perlu la sampai begitu.

20. Berdoalah anda dapat rakan sebilik yang baik.

21. Anda tetap berhadapan dengan rakan yang mungkin pengotor dan menyusahkan. Manusia tetap manusia walaupun pandai.

22. Hormatilah orang lain walaupun berbeza ideologi dan pandangan.

23. Anda boleh bercinta di universiti tetapi anda kena juga bersedia hadapi situasi yang namanya kekecewaan dan kesedihan. Jika tak boleh hadapi maka lupakan saja.

24. tips belajar walaupun sekadar tips belajar bagi pelajar spm, ia masih boleh dipraktikkan untuk belajar di universiti tetapi harus disesuaikan dengan persekitaran universiti.

25. Jangan mimpi akan ada nurse ajar anda cara berus gigi dengan betul macam di sekolah dulu. Itu sudah tidak ada lagi.

26. Semua dari anda yang masuk universiti bermula dari langkah 0. Biarkan anda pelajar cemerlang STPM , atau Matrikulasi. Ia tetap tidak sama. Anda tetap kena berusaha majukan diri.

27. Tepati masa , jika anda biasa lambat ke sekolah, perkara yang sama akan berlaku di universiti. Berubahlah.

28. Kes kecurian di universiti selalunya melibatkan laptop, kepada mereka yang simpan gambar orang tersayang terutama sudah meninggal dunia , cuci la gambar tu atau simpan ke pendrive yang lain . Jangan simpan semuanya di laptop, jika anda mangsanya , ingatlah laptop boleh beli tapi orang yang sudah tiada ini hanya gambar saja jadi kenangan. “Saya tak kisah laptop tu hilang, tapi dalam tu ada gambar arwah mak / ayah . itu saja gambar saya ada” .  Itulah keluhan yang selalu anda akan dengar.

29. Jika anda asalnya hanya pelajar biasa2 di sekolah dulu, anda tetap boleh cemerlang di universiti selagi ada kemahuan mahu majukan diri.

30. Jika anda asalnya pelajar cemerlang di sekolah dulu, anda kena kekalkan komitmen usaha yang berterusan. Tidak mustahil juga anda boleh jatuh.

31. Jaga hubungan dengan Tuhan , Contoh Solat dan ibadah lain. Anda pasti mendapat ketenangan hidup dan jalan keluar dari masalah.

32. Datang universiti bukan suka- suka. Tetapi memikul harapan keluarga untuk melihat anda berjaya naik ke pentas menerima segenggam ijazah.

33. Ptptn dan biasiswa memang tidak cukup menampung belanja anda di universiti, tapi boleh meringangkan beban. Kena pandai urus duit poket sendiri.

34. Di universiti kita tidak ada subjek pengajian islam yang mewajibkan semua pelajar kecuali mereka yang ambil kos tersebut. Kena hadir ke majlis ilmu yang dianjurkan universiti secara sukarela bagi mentarbiyah dan pengisian nurani.

35. Anda tetap seorang murid, hormati pensyarah. Adab berguru tidak pernah berubah walau di mana anda belajar.

36. Melibatkan diri dengan aktiviti universiti. Di situ bakat dan kemahiran boleh digilap.

37. Universiti nanti anda akan dapat banyak pengalaman dan kenangan , ia bukan sekadar kalau aku masuk universiti aku nak kerja bagus.

38. Banyak tugas pensyarah akan berikan. Namun dari situ la sumber ilmu.

39. Anda akan banyak berurusan dengan orang selepas ini. Kena pandai bercakap.

40. Tidak ada seorang pelajar terkecuali untuk bercakap di depan. Kerana pembentangan adalah sebahagian penilaian dalam sesuatu subjek.

41. Pakaian anda di universiti tidak semestinya kena baru. Asalkan ia bersih , sopan ,dan tidak keterlaluan.

42. Tidur anda mungkin tidak menentu ketika belajar di universiti kerana banyak sangat assigment kena buat.

43. Berat badan anda mungkin menyusut sedikit ketika mula masuk universiti. Kerana anda banyak berjalan. Naik bas universiti pun belum tahu lagi. Mungkin juga anda kena membiasakan diri dengan makanan setempat. Tapi lama-lama ia akan kembali normal.

43. Homesick itu perkara biasa berlaku masa mula-mula masuk U , mungkin pertama kali berjauhan dengan keluarga. Lama-lama ok la.

44. Masuk asrama macam biasa, cuci kain guna tangan, itu pun kalau ada universiti sediakan mesin basuh.

45. Makan kena bayar, ada cafe disediakan. Tak sama macam asrama sekolah yang ada makan free siap berjadual lagi.

46. Maggie mungkin menu utama jika duit poket sudah mula kering. Memang ia membahayakan kesihatan tapi lagi elok anda makan dari terus kebuluran. Lagipun ia bersifat sementara ,esok- esok anda sudah berjaya maka anda beli la makanan semewah mana.

47. Tak wujud perbandingan antara pelajar STPTM , Asasi , Matrik , Diploma ketika pengajian Sarjana Muda. Tapi jika anda masih berfikiran sebegitu di universiti. Anda sebenarnya berfikiran jumud. Tak ke mana juga kalau malas.

48. Sifat malas akan menguasai jiwa anda selagi anda ingin berusaha , ingin belajar dan ingin mahu capai cita-cita. Lawan sifat malas itu.

49. Menangguhkan kerja perkara biasa. Tapi jangan tangguh lama sangat. Ia buat anda serabut di saat akhir.

50. Tak perlu membandingkan kos anda dengan kos orang lain. Masing-masing ada kelebihan . Ilmu tetap berkembang meskipun anda akan tamat belajar.

51. Jangan lupa diri jika anda sudah berjaya. Tak usah la jadi si tanggang di era moden ini. Kita bukan selamanya di dunia. Akhirat juga kekal abadi.

52. Pendidikan adalah salah satu cara anda keluar dari belenggu kemiskinan. Belajar la bersungguh-sungguh.

53. Bersederhanalah walaupun serba ada.

54. Bersyukur apa yang ada , bersabar apa yang tiada.

55. Jaga diri , jaga kesihatan.

56. Munasabah setiap apa yang berlaku sepanjang hari- hari anda di universiti.

57. Repeat paper , atau gagal sesuatu subjek , perkara biasa dan jangan rasa malu. Bangkit dan usaha lebih gigih lagi. Ia sudah memang sebati dalam perjalanan seorang pelajar.

58. Anda mungkin risau tidak dapat bergraduat dalam tempoh pengajian yang ditetapkan, masa tidak menentukan sepenuhnya tetapi sejauh mana usaha anda untuk mencapai semua itu.

59. Anda dipilih masuk universiti , jangan sia2kan peluang ini . ramai lagi pelajar di luar sana mahu mendapat tempat seperti anda malah lebih layak dari anda tapi tuah ada pada anda. Jangan disiakan.

60. Bawa la kamus ke universiti, mungkin ada istilah baharu yang perlu dirujuk meskipun anda Band 6 dalam MUET.

61. Ilmu di universiti tidak terhad pada buku teks seperti di sekolah, ilmu itu pelbagai sumber , terokailah semampu yang boleh.

62. Bila ilmu sudah tinggi , ia bukan tiket anda mencaci dan merendahkan orang lain.

63. Makin anda lama belajar di universiti , silibus pembelajaran makin sukar , ia mempengaruhi pointer anda. Kena bertanya jika tidak faham. Jangan diam-diam dan buat-buat faham.

64. Tugasan anda sebagai pelajar bukan sekadar menulis. Mungkin anda perlu hasilkan video , anjurkan program , hasilkan poster yang anda lihat tidak ada kaitan pun dengan kos anda belajar , maka bersedialah dengan perkara baru seperti ini.

65. Kena ada Whatsapp, Facebook, dan Emel untuk memudahkan perhubungan. Tak semestinya teknologi ini semuanya memudaratkan.

66. Anda boleh berniaga di universiti bagi menjana side income , tapi anda tidak boleh paksa orang lain macam cerita Do re mi. Tak semua orang minat pada bisnes.

67. Tetap ada istilah bodoh meskipun di universiti , jangan anda terbodoh sama. Nilai mana yang baik dan mana yang buruk , berfikir setiap tindakan kita lakukan.

68. Jangan anda rasa bila masuk universiti , semua perfect , pasti juga ada kelemahan tertentu yang mungkin nanti anda akan faham bila sudah berada di sana.

69. Anda akan bergaul semua orang baik Asasi , Diploma , Master dan PHD di tempat yang sama.

70. Di universiti anda akan lebih banyak berdikari , tak semua benda kena suap.

71. Jika anda perasan juga banyak page confessions universiti di Facebook, ingat itu bukan page rasmi universiti. Tiada universiti secara rasmi mempunyai page sedemikian , ia hanya diwujudkan mungkin dalam kalangan pelajar juga yang hanya sekadar untuk suka-suka.

72. Anda mungkin agak sedih sedikit bila anda sudah tidak bersama dengan kawan sekolah anda dahulu. Tidak semuanya mampu masuk ke universiti. Ini hakikat.

73. Berdoalah kepada rakan anda yang sedang merayu di universiti , semoga mereka berjaya ke universiti seperti anda.

74. Jangan anggap masuk universiti ini permulaan untuk anda berjaya , sebenarnya anda sedang melangkah tetapi pengakhirannya kita tidak tahu kesudahannya. Berdoalah yang baik-baik.

75. Pada mulanya saja anda bersemangat untuk belajar sekitar semester 1, semester seterusnya mungkin anda sudah berkata “Bila la nak habis belajar ni..” , kerana anda sedar akan kepayahan belajar.

76. English sangat penting di universiti. Tidak kira apa saja kos , jika anda lemah sekalipun belajar la , lama-lama akan pandai juga.

77. Universiti ini memang penat , mahu taip satu muka surat pun anda mungkin mengambil masa lama untuk keluarkan idea , apa boleh buat. Semuanya untuk kebahagiaan ibu bapa dan kebaikan diri sendiri supaya apa saja ilmu di universiti ini boleh manfaat lepas belajar nanti.

78. Assignment anda mungkin akan di reject berkali-kali , buat la sampai pensyarah anda kata “Ok , kali ini saya terima”.

79. Jangan lupa Tuhan walau di mana ada berada. Hidup ini perlu ada keberkatan.

80. Kawan anda yang pertama di universiti ialah kawan semasa orientasi , anda pastikan akan ingat walaupun sudah habis belajar kerana itu pengalaman pertama anda.

81. Tak semua ilmu ada pada sebuah buku , anda mungkin kena keluar juga. Assignment universiti selalu begitu la, turun ke lapangan.

82. Pelajar muslim dari semenanjung yang belajar di ums dan unimas mungkin teruja ketika berbuka puasa , sebab Sabah & Sarawak awal sejam berbuka dari waktu di semenanjung tapi awal juga sahurnya , Hmm , kena bangun awal la.

83. Mungkin universiti anda dapat sekarang bukan universiti pilihan , tidak jadi masalah . Mungkin inilah yang terbaik rezeki Tuhan berikan untuk anda.

84. Ilmu yang anda dapat , bukan hanya sekadar nak dapat kerja bagus , tapi ilmu itu berguna kepada masyarakat. Berkongsi ilmu biarlah bersesuaian dengan tahap pemikiran orang lain.

85. Anda kena pandai berketerampilan dari segi pakaian . Level ijazah ini , anda bakal pegawai sebenarnya di dunia pekerjaan nanti. Tak usah fikir graduan yang menganggur sekarang, tapi anda yang harus melangkah dan susun matlamat dari sekarang.

86. Mana-mana Course pasti ada tekanan belajar, kena pandai urus tekanan itu. Jangan lari dari masalah . Selesaikan masalah itu dengan kewarasan akal, bukan dengan emosi.

87. Jadilah pelajar yang berilmu, bukan beremosi.

88. Wujudkan satu group Whatsapp, Facebook , atau Telegram untuk rakan kos anda sendiri, ia memudahkan perhubungan dan segala maklumat boleh disalurkan. Bukan setiap hari anda akan bersemuka dengan rakan anda .

89. Berkongsilah nota, buku dan artikel kepada rakan. Ramai pelajar takut kalau kongsi nanti markah rakan itu tinggi dari kita. Jangan risau , mudahkan urusan orang maka Tuhan juga akan mudahkan urusan kamu dan mungkin kamu boleh dapat lebih dari itu.

90. Kita tolong rakan berjaya , maka lagi mudah juga kita untuk berjaya. Jika hanya mahu berjaya sendiri dan hanya mampu melihat rakan ketika susah , itu bukan kawan yang baik.

91. Berhati-hati setiap tindakan kita , makin tinggi kita belajar maka manusia sekeliling akan menilai . “Beginikah sikap orang berpelajaran”.

92. “Untunglah budak Dekan..” , “Untunglah markah tinggi..” . Pedulikan kata-kata itu , itulah sebenarnya tujuan kita datang ke universiti untuk berjaya dalam akademik.

93. Tolong simpan segala kenangan di sekolah walaupun hanya lencana sekolah, ketika anda bersekolah la juga datang impian ingin masuk ke universiti.

94. Anda tidak patut berkata segala kejayaan pada hari ini atas segala usaha anda sendiri. Mungkin kejayaan itu datang dari pertolongan kawan anda secara tak lansung atau doa-doa kebaikan dari mereka yang mengenali anda, Ibu bapa dan guru.

95. Anda mungkin bertemu jodoh di universiti. Selalu berlaku pada senior anda sebelumnya. Tapi ia bukan target , jodoh tetap rahsia Tuhan dan kalau jodoh tak ke mana juga kan. Tak payah fikir berat sangat. Anda kena tetap fokus pada pelajaran.

96. Politik kampus, jangan biarkan diri anda dieksploitasi mana-mana pihak atas agenda peribadi.

97. Jangan bawa banyak barang ke universiti , bilik pelajar kecil saja , anda juga yang akan rasa tidak selesa.

98. Kepada mereka yang ada sakit kronik , bawalah ubat anda . Jaga kesihatan.

99. Jika malas sangat nak tulis nota ketika pensyarah mengajar, duduk diam2. Jangan ganggu rakan anda contohnya sembang mcam tahu semua.

100. Banyak lagi pesanannya, tapi biarlah anda sendiri mengalaminya. Semoga berjaya di universiti.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.