20 Kebaikan Sedekah Sebagai Panduan Kita Bersama

20 Kebaikan Sedekah Sebagai Panduan Kita Bersama

Sedekah merupakan salah satu bentuk amalan mulia yang mendatangkan pahala serta membantu sesama umat manusia. Dalam bersedekah, tidak ada batasan kepada siapa sedekah diberikan, dalam bentuk apa sedekah diberikan, mahupun besar atau kecil sedekah itu diberikan. Berikut adalah antara kebaikan bersedekah yang paling utama : 

20 Kebaikan Sedekah Yang Kamu Perlu Tahu!

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang.
  1. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan dengan bersedekah, Inshaa Allah dijauhkan api neraka jahanam.
  2. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
  3. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
  4. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
  5. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.
  6. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
  7. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dilakukan.
  8. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.

11. Orang-orang yang memberi sedekah adalah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT, Inshaa Allah.

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong daripada golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat.

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT Inshaa Allah.

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah pengubat hati, pengubat diri.

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran serta lemas.

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung. 

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah. Sebagai manusia, sepatutnya kita tidak memilih-milih kepada siapa untuk kita bersedekah. Namun, ada baiknya kita mendahulukan orang terdekat yang terkena musibah untuk kita bantu.

Seperti yang tertulis dalam Hadis Riwayat Tirmidzi, Rasulullah S.A.W bersabda, “Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah dan kepada kerabat ada dua (kebaikan), sedekah, dan silaturrahim..”

“Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.”

Moga kita sentiasa istiqomah dalam bersedekah dan sentiasa tanamkan dalam diri untuk membantu mereka yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi keluarga kita yang susah.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.