4 Perkara Ajaib Akan Berlaku Bila Amal Makan Coklat

 

Coklat adalah manisan berperisa yang dibuat menggunakan buah koko dan lazimnya akan dicampur bersama produk tenusu untuk lebih kenikmatan rasa berkrim.

 

Ramai orang kata, amalan memakan coklat ini bisa merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

 

Apalah fakta ini benar?

 

Untuk ketahui faedah lanjut berkenaan coklat, jom Wanista huraikan lima efek coklat terhadap tubuh manusia.

 

#1 Melegakan Tekanan Jiwa & Minda

 

Coklat berkualiti tinggi mengandungi ‘asid valeric’ yang bisa bertindak sebagai ubat penenang. Meskipun diambil dalam kuantiti yang sikit, ia sebenarnya dapat memberi sensasi ketenangan. (Jika makan coklat terlalu banyak takut anda terlebih aktif pula).

Oleh itu, sambil-sambil menyiapkan kerja di pejabat tu,kunyah satu hingga dua biji coklat okay? Cara ini lebih baik daripada anda makan panadol untuk menghilangkan sakit kepala.

Makan coklat, kemudian biarkan masalah dan tekanan anda berlalu~

 

#2 Baik Pulih Emosi

 

Anda kena faham, emosi dan tekanan adalah elemen yang berbeza. Tekanan adalah apabila anda merasa diri anda dibelenggu masalah lalu tidak menemuii jalan menyelesaian sehingga menggugat diri untuk jadi ‘sakit jiwa’.

Ini berbeza dengan emosi kerana ia boleh dibahagikan kepada beberapa terma kerana emosi boleh berubah-rubah. Dari murung kepada sedih, dari sedih menjadi gembira. 

Oleh itu, pengambilan coklat sebenarnya dapat menghasilkan hormon endorphin yang akan memberi sensasi kegembiraan buat anda ceria serta-merta!

P/s: Coklat juga baik untuk rangsang kemahuan untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan 😉

 

 

#3 Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Tubuh

 

Kajian menunjukkan bahawa amalan memakan coklat gelap atau dark chocolate mampu menurunkan adar ‘kolesterol jahat’.

Dalam masa yang sama, coklat tersebut juga boleh meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan seseorang manusia yang memakannya secara berkala.

 

#4 Rangsang Diri Jadi Lebih Peka & Fokus

Betul! Coklat boleh jadikan anda bijak! Ya… lebih kurang lah. Ia manjadikan pergerakan darah ke otak lebih lancar malah membuatkan individu yang gemar memakannya jadi lebih peka. Ini secara tidak langsung tentu dapat meningkatkan mutu kerja seseorang kerana otaknya telah berfungsi secara aktif dan intelek seperti si genius!

 

Tips!

 

Apa pun, sila ambil dalam kuantiti yang tidak keterlaluan. Meskipun ia memberi banyak faedah kepada kesihatan dan fungsi tubuh, pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko. Hati-hati kerana kebanyakan coklat yang dijual di pasaraya lebih banyak mengandungi gula daripada kuantiti coklat koko.

 

Untuk coklat yang benar-benar memberi kesan positif pada tubuh, amalkan makan coklat gelap kerana ianya lebih asli berbanding coklat berperisa lain.

 

Selamat menikmati coklat semuanya!

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top