5 KESILAPAN UTAMA BILA BUAT FB ADS

FB Ads adalah 1 Medium Pemasaran Online yang ramai guna sekarang ni untuk mencari prospek dan buyers. Tapi tahukah anda, jika kita tersalah Setting, iklan yang dijalankan akan jadi sia-sia, duit melayang? Entri kali ni mari kita lihat 5 kesilapan utama yang kadang-kadang pemain FB Ads ni terlepas pandang.

5 KESILAPAN UTAMA BILA BUAT FB ADS

1. Setting Objektif Kempen Yang Salah

Objektif Kempen ni penting sebelum kita nak jalankan Iklan FB Ads. Kalau Objektif salah, iklan yang dijalankan jadi tak kualiti dan sia-sia. Objektif ni adalah tujuan iklan kita dijalankan. Jadi, kita kena tahu tujuan sebenar kita jalankan iklan untuk apa.

Sebagai contohnya, kalau kita nak orang Like Page kita, jadi tujuan atau objektif iklan kita adalah untuk buat Iklan Like dan letakkan arahan seperti “Like” dan “Share”.

Kalau nak orang komen, Like dan Share status kita, pastikan Objektif kita adalah Post Engagement disertakan dengan Call To Action untuk orang Like, Share dan Komen.

Begitu juga kalau kita nak orang pergi ke Website kita, jadikan Objektif utama adalah Traffic to Website.

Kalau dah buat video dalam page, buat objektif video views supaya FB tolak duit kita ikut Video Views. Dekat sini ramai yang tersilap apabila buat video untuk orang view tapi letak Post Engagement. Bukan tak boleh, tapi berbalik kepada objektif kita tadi sama ada nak orang view atau nak orang engage dengan status kita tu.

Kita sebagai pemilik iklan yang menjalankan iklan kena tahu dan sedar iklan kita dijalankan dengan tujuan apa supaya kos iklan dapat dikurangkan.

 

 

2. Setting Language Yang Tak Betul

Bahagian Language ni jangan terlepas pandang sebab kita tak nak warga asing yang Like, komen di iklan kita, tu yang bila ramai orang Indon Like, kita dah mula rasa tak selesa dan jadi sia-sialah iklan kita sedangkan iklan kita menuju kepada orang Malaysia saja.

Kena ingat, dalam Malaysia ni bukan orang Malaysia saja yang tinggal, tapi ramai warga asing juga yang dah ada Facebook masing-masing.

Teknik untuk mengelakkan warga asing ni daripada Like, komen di iklan kita adalah dengan meletakkan Language Malay dan English (All). Sebab utamanya, kebanyakan warga asing tidak memahami Bahasa Inggeris dan bukan semua faham Bahasa Melayu. Saya kata bukan semua ya, jangan salah faham, ada juga yang faham tapi tengok Point Ke-3 nanti macam mana untuk elakkan mereka ni engage dengan iklan kita.

 

3. Tak Gunakan Fungsi Exclude.

Jangan ingat bila kita dah setting language dengan betul tadi, kita dah selamat dah. Seperti yang saya maklumkan tadi, bukan semua ya warga asing tidak faham Bahasa Melayu dan English, ada juga yang faham.

Jadi, untuk mengelakkan mereka ni daripada Engage dengan kita punya iklan, gunalah fungsi Exclude di bawah Language tu.

Nak exclude apa? Taip jer Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Philipina dan seumpama dengannya yang rasa-rasa berada di Malaysia ni.

Jadi, secara tak langsung, kita dah Exclude kan mereka warga asing ni dari melihat iklan kita. Warga asing ni, kebanyakannya main pakai Like jer iklan kita tu tapi kita tak dapat prospek yang kualiti la jadinya.

 

4. Pilihan Demographic Location Yang Salah.

Kalau anda perasan, ada beberapa pilihan Demographic Location dalam Setting Adset tu seperti Everyone Who Live In This Country dan People Who Live In This Country.

Senang cerita, ambil sahaja Setting People Who Live In This Country, tak perlu pening-pening dah orang yang komen, like, PM kita adalah warga asing. Jika kita pilih Everyone Who Live In This Country, iklan kita akan muncul kepada semua yang ada di Malaysia ni termasuk warga-warga asing tadi, jadi tak gunalah kita setting fungsi-fungsi di atas tadi.

 

5. Setting Interest Yang Berterabur.

Kebanyakannya suka letak bahagian Interest macam-macam benda dalam tu. Habis semua nak diletakkannya dengan harapan semua orang akan nampak iklan tersebut.

Ya, betul semua akan nampak iklan tersebut, tapi objektif kita tak tercapailah jadinya. Jangan fikir semua orang akan berminat dengan produk kita. Kita nak prospek atau buyers yang beli Perfume kita tapi kita pergi letak Interest Dr Azizan, SifuFBAds, Irfan Khairi dan lain-lain yang tiada kena mengena.

Sebab tu dalam bab Interest ni kita kena tahu siapa audiens kita yang sebenarnya dan kepada siapa kita nak target?

Sebenarnya dalam bab Interest ni amat panjang untuk diterangkan di sini untuk lebih spesifik. Cuma apa yang saya boleh katakan, pastikan kita tahu dahulu siapa target audiens kita yang sebenarnya, buat kajian sikit mengenai mereka yang berminat tentang produk masing-masing seperti buat Survey ringkas di Facebook dengan bertanyakan soalan ringkas pada rakan-rakan anda.

Contoh soalan : Siapa di sini yang suka Makanan Kucing berkhasiat yang membolehkan bulu kucing anda lebat?

Cukup dengan soalan macam tu sekadar survey ringkas daripada kita. Contoh di atas adalah untuk penggemar kucing yang sukakan bulu kucingnya lebat, berbeza soalan dengan penggemar kucing yang sekadar nak bela sebagai teman main saja.

Jadi, anda sendiri tahu tentang produk anda, apa kelebihan produk anda, anda mesti lebih tahu untuk siapa produk anda. Senaraikan beberapa interest yang menjerumus ke arah produk anda dengan lakukan sedikit kajian di google, di Facebook dan bertanya pada rakan-rakan anda.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam perkara asas yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang nampak kecil tapi memberi impak yang besar nanti.

Jangan lupa sampaikan pada rakan anda ya, semoga dengan bantuan anda menyebarkan artikel ini akan dapat membantu lebih ramai rakan anda daripada melakukan kesilapan-kesilapan dalam FB Ads ini. Terima kasih didahulukan kerana Share.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top