5 LANGKAH KETATKAN MISS V LONGGAR, Rahsia Abang Sayang…

Fakta : Sebilangan besar wanita di seluruh dunia mengalami masalah vagina longgar.

Antara Sebab-sebab yang paling biasa bagi bahagian vagina longgar melahirkan anak serta penuaan. Otot lantai pelvis boleh menjadi lemah kerana wanita semakin berusia disebabkan tahap estrogen yang rendah.

Persoalan “Bagaimana saya boleh membuat vagina saya lebih ketat” adalah salah satu soalan yang kerap di tanya oleh kebanyakan wanita. Dan topik ini juga selalunya antara topik paling hangat.

NAMUN Masih ramai yang masih malu untuk bertanya dan ada juga yang tidak langsung ambil peduli tentang tahap kesihatan vagina mereka sehingga ada yang berbau busuk dan mengeluarkan cecair yang tidak disenangi.

Ramai wanita memilih untuk menjadi bijaksana dan setelah ia menjadi tajuk perbincangan yang hangat di laman sosial media dan pelbagai produk untuk mengetatkan vagina semakin banyak di pasaran. Walaupun begitu ramai juga yang tidak berani untuk memakai produk yang sedia ada kerana terdapat pelbagai isu tidak selamat dan bahan bahan beracun juga kemungkinan ada di dalam produk tersebut.

Dan..

Ramai juga wanita telah memilih untuk pembedahan yang sangat mahal. Secara peribadi, cikgu berpendapat bahawa menggunakan produk semula jadi untuk mendapatkan vagina awak kembali ketat dan rapat adalah perkara yang paling berpatutan untuk dilakukan, di samping kos yang rendah dan selamat.

Terdapat beberapa cara semula jadi untuk menguatkan otot lantai pelvik, termasuk ubat-ubat herba semulajadi, latihan senaman dan pemakanan yang seimbang.

5 CARA MEMBUAT VAGINA KETAT DAN RAPAT

1. Lakukan Senaman #Kegel

(Sekurang kurangnya seminggu 2 kali ). Boleh tanya pakcik google cara mudah senaman kegel. Dan lakukan senaman #L -Shape’ setiap hari untuk kuatkan rahim dan membantu masalah prolapse dan sebaginya berkaitan rahim.

Dan Senaman ini juga membantu masalah Migrain dan sakit kepala, sakit belakang, sakit pinggang. Lakukan senama ini selama 10 minit. Rujuk rajah ketiga untuk senaman L Shape sambil mengurut bahagian ari ari.

2. Bertangas

( Amalkan tangas Basah dan Kering) untuk kesan yang maksima semiggu 2 kali. 15 minit tangas basah dan rehat minum air dan sambung 15 minit untuk tangas kering pula.

Bertangas juga membantu mewangi badan secara semulajadi. Peluh pun wangi jer nanti. Semestinya En abang awak tu teruja sangat! Hari hari whatsap RINDU.

Tak percaya?? Cubalah sendiri!

Tangas Basah – halia seinchi diketuk, daun inai segenggam, daun sirih 3 helai, daun pandan 3 helai, daun kunyit sehelai, limau purut 1 bijil di hiris nipis , 3 keping asam keping, 1 biji manjakani di tumbuk.

Rebus dalam periuk (jangan guna untuk masak makanan) dan apabila didih letak di bawah dan pakailah kain batik labuh dan kangkang la . Tarik nafas dan tahan serta buat latihan kemut. ulang la latihan pernafasan bersama latihan kemut itu. Sehingga tiada wap lagi. ( Seeloknya ada kerusi tangas supaya lebih berkesan).

Tangas kering – Kunyit hidup seinchi, halia seinchi, daun sirih 3 helai, 1 bijik manjakani , inai segenggam ( semua bahan ditumbuk) untuk dijadikan pes dan tambah satu ke dua sudu asam jawa. Gaul hingga sebati dan jadikan pes.

Panaskan Batu Sungai (boleh di beli di kedai pokok atau landskap). Apabila sudah panas angkat batu tersebut dan letak dalam periuk leper serta tuang pes yang dibancuh itu di atas batu yang tersebut.

Pastikan pes diletak di atas bahagian batu yang dipanasan. Setelah asap naik perahkan lemon di atas batu tersebut dan aap akan naik dengan banyak dan teruslah kankang dan buat latihan pernafasan serta kemutan.

Tangas seminggu sekali pun dah okay. Jangan kerap sebab kita tak mahu bakteria baik mati.

3. Cuci Vagina dengan air herba.

Seminggu 2 kali ( rebus ramuan seperti tangas basah dan biarlah agak suam suam dan tambah sedikit garam ) kemudian buat la cucian vagina. Tonyoh hirisan limau di sekitar vagina dengan perlahan lahan.

4. Gunakan ramuan minyak manjakani untuk sapuan di dalam vagina seminggu sekali.

Ramuan ini untuk semua jenis termasuk menopous, kering, becak dan sebagainya. Serta gunakan untuk Meruang dan mencuci di dalam vagina menggunakan Jari Tengah awak atau jari telunjuk sendiri.

Pada Anak Dara juga boleh meruang tapi sedikit sahaja laluannya. Kalau tak berani jangan buat. Nak rawat diri tidak boleh ada perasaan was was. In Sha Allah atas izin ALLAH. NIAT baik baik.

Meruang ni lakukan sebulan sekali pun dah okay, lepas period. Nak buat keputihan yang melekat kat dinding. Kita tengok panties tiada keputihan tapi kat dalam kadang kadang ada.

Bahan-Bahan minyak manjakani : –

  • 50ml minyak kelapa dara
  • 50ml minyak zaitun
  • 50ml gel alovera (fresh atau readymade)
  • 2 biji majakani di tumbuk halus

Sebatikan bahan bahan ni dengan kacau lawan jam sambil berNIAT yang baik baik, kemudian boleh sapukan di sekitar lubang vagina dan didalam vagina serta buatla meruang .

5. Minum Jamu perlu di amalkan semggu 2- 3 kali.

Bahan-bahan :

  • 1 inchi halia diketuk
  • 1/2 gengam daun inai bersih
  • 1 helai daun sirih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu besar jintan hitam
  • 1 biji manjakani di tumbuk1 biji kurma

Rebus bahan bahan bersama air 750ml ini dan biarkan sejuk. kemudian masukkan dalam cawan dan masukkan 1 sudu madu dan perahan 1 hirisan lemon atau limau nipis.

Alhamdulillah. Boleh la cuba ya..

Didoakan kita semua mempunya aset yang baik dalam kesejahteraan rumah tangga. Boleh Like & SHARE untuk sama sama mendapat manfaat.

Didoakan Kita semua BERLIMPAHAN REZEKI, BERJAYA, BERKAT, BAHAGIA DUNIA AKHIRAT!

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top