6 BUKTI BANGUN AWAL PAGI BOLEH MEMBUKA PINTU REZEKI

Mengapa bangun pagi selalu dikaitkan dengan terbukanya pintu rezeki?

Berikut ini adalah beberapa bukti bahawa bangun pagi memang dapat membuka pintu rezeki lebih lebar lagi.

 

#1 : Antara Terbit Fajar dengan Terbit Matahari adalah Saat Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad dan al-Baihaqi, diceritakan bahawa ketika Rasulullah pulang dari solat Subuh di Masjid Nabawi, beliau mendapati puterinya, Fatimah, masih tidur. Dengan penuh kasih sayang, beliau segera menggerakkan badan puterinya itu dan berkata, “Wahai anakku, bangunlah, saksikan rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya, antara terbit fajar dengan terbit matahari.”

#2 : Doa keberkahan dari Rasulullah SAW untuk Umatnya yang senang bangun Subuh
Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh. (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Siapa yang tidak meyakini Doa Rasulullah? Doa ini menunjukkan bahawa keberkatan akan diperoleh oleh orang-orang yang senang bangun subuh. Bagi yang berasa banyak memperoleh hasil, tapi tidak pernah cukup, mungkin kerana hasil yang diperoleh belum mengandung keberkatan! Cuba praktikkan bangun lebih pagi!

#3 : Bangun pagi membuat mood lebih baik
Peneliti dari Roehampton University di Inggeris menyimpulkan kalau bangun pagi membuatkan tubuh lebih sihat, mood yang baik, dan membuat orang memiliki indeks masa tubuh ideal. “Mereka yang bangun pagi cenderung lebih sihat dan lebih bahagia,” jelas peneliti Dr Joerg Huber, yang dipetik melalui Medicmagic.

Mereka yang bangun lebih pagi umumnya punya mood yang lebih ceria dan bahagia berbanding orang-orang yang bangun lambat. Kajian ini juga dilaporkan dalam jurnal Emotion tahun 2012 di mana ternyata sistem saraf dipengaruhi kebiasaan bangun pagi ini.

Mood yang lebih baik dan keceriaan ini tentu saja berpengaruh pada semangat kita dalam mencari rezeki di hari itu.

#4: Bangun pagi lebih sihat
Analisa para ilmuwan dari University Toronto Kanada pun menyimpulkan, mereka yang bangun lebih pagi secara umum memiliki keadaan kesihatan yang lebih baik. Orang yang bangun lebih pagi juga merasa lebih bahagia hidupnya dibandingkan yang bangun siang kerana mereka lebih mudah beradaptasi dengan jadual aktiviti seharian.

Kesan terhadap pendapatan rezeki? Sudah tentu lebih bagus berbanding orang yang keadaan kesihatannya buruk dan sulit beradaptasi dengan jadual seharian.

#5: Bangun pagi membuat badan lebih aktif dan berenergi
Bangun lebih pagi bukan menjadikan badan jadi lemas, malah lebih aktif dan terasa penuh energi. Apalagi jika disertai dengan senam-senam ringan atau sekadar pemanasan. Hal ini dibalas lebih dalam di Journal of Applied Psychology Sosial tahun 2009.

Bukan itu sahaja, bangun pagi pun dapat melangsingkan tubuh. Tentu saja orang yang lebih aktif dan berenergi akan lebih semangat dalam pencapaian target pekerjaan.

#6: Bangun pagi membuat tahap tekanan lebih rendah
Penelitian di Jerman pada tahun 2013 menemukan hubungan antara depresi yang lebih tinggi dengan kecenderungan tidur larut malam. Mereka yang tidur cukup dan boleh bangun lebih pagi memiliki tahap tekanan rendah.

Tahap tekanan dan stress yang lebih rendah boleh dipastikan dapat mempengaruhi kerja kita menjadi lebih produktif.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top