Ini 9 Tips Merawat Gout Secara Semulajadi, No 4 Guna Bahan Dari Dapur Jer…

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik di dalam badan. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

 

Bagi gout yang kronik, asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ‘tophi’. Namun secara umumnya, gout adalah suatu penyakit yang boleh disembuhkan tetapi kita haruslah juga mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

 

Kali ini, kami amat bertuah kerana Admin berkongsikan sebuah petua gout. Selalunya bila dah disahkan menghidap gout, pesakit akan berterusan mengambil ubat dari doktor.Tapi sekiranya anda ingin mencuba rawatan semulajadi ini, tiada masalah juga.

 

1)Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)

 

  • Cuka epal sangat membantu dalam merawat gout dan artritis. Sifat keasidan ACV ini akan membantu melegakan sakit.

 

  • Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang

 

  • Campurkan 1 sudu kecil cuka epal dalam segelas air suam, minum 2-3 kali setiap hari.

 

  • Jika anda rasa rawatan ini membantu, boleh naikkan dos cuka epal ini kepada 2 sudu besar.

 

  • Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar cuka epal organik bersama dua sudu besar madu. Ambil 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur

 

 

2)Halia

 

  • Ciri-ciri anti radang yang ada pada halia membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Ada beberapa cara untuk merawat gout menggunakan halia.

 

  • Campurkan serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering dalam nisbah yang sama. Ambil 1 sudu dari campuran ini bersama-sama dengan air suam.

 

  • Ambil 2 kali setiap hari.Anda juga boleh membanyakkan halia dalam masakan dan boleh juga dimakan mentah.

 

  • Selain itu, dengan halia ini, anda boleh tambahkan setengah sudu kecil halia ini dalam satu cawan air mendidih dan kacau sehingga betul-betul sebati.

 

  • Minum sekurang-kurangnya sehari sekali.

 

  • Anda juga boleh membuat paste halia dengan sedikit air dan tampalkan di kawasan yang terkena gout ini. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

 

3)Baking Soda

 

  • Salah satu sebab utama gout ini adalah peningkatan asid urik dalam badan.

 

  • Baking soda ini selain digunakan untuk membuat kek, dapat juga membantu mengurangkan jumlah asid urik dan seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.

 

  • Campurkan setengah sudu kecil baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4 kali sehari. JANGAN LEBIH. Teruskan sehingga 2 minggu.

 

  • Jika anda berusia 60 tahun, jangan ambil lebih dari 3 kali sehari

 

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tidak perlu cuba kaedah rawatan ini ye

 

4)Jus Lemon

 

  • Untuk melegakan sakit gout, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan seterusnya meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah.

 

  • Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda.

 

  • Lemon adalah sejenis buah sitrus yang sangat unik, yang akan bertukar sifat asidnya apabila masuk ke dalam perut kita.

 

 

5)Buah Ceri

  • Terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Ceri juga mengandungi anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.

 

  • Bagi pesakit gout, sehari disyorkan untuk mengambil 15-20 biji ceri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan mengambilnya pada awal pagi.

 

6)Epsom Salt

 

  • Epsom salt ini memang mempunyai banyak kebaikan. Di rumah Zarith dan ibu memang tak pernah kehabisan garam epsom ni.

 

  • Zarith gunakan ia dalam merawat Zuyyin dan Zayra yang demam, batuk dan selesema.
    Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

 

  • Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini ke dalam air suam. Rendamlah badan anda dalam air ini sehingga air menjadi sejuk.

 

  • Lakukan seminggu sekali. Tapi sekiranya anda penghidap gout yang teruk, boleh lakukan sehingga 2-3 kali seminggu.

 

  • Anda boleh dapatkan Epsom salt ini di guardian. Ianya berharga RM 5.90 je sekotak.

 

7)Pisang

 

  • Pisang juga berkesan untuk melawan gout. Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal asid urik ini kepada bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.

 

  • Pisang juga mengandungi jumlah Vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan.

 

  • Amalkan makan 1-2 biji pisang sehari, Inshaa Allah dapat membantu

 

8)Epal

 

  • Malic acid yang terdapat dalam buah epal akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

 

9)Arang Batu Yang Diaktifkan.

 

  • Ia terkenal untuk menyerap asid urik. Jadi, untuk penghidap gout digalakkan mandi arang ini 1-3 kali seminggu

 

  • Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste dan letakkan paste ke dalam tab mandi dan tambahkan lebih banyak air.

 

  • Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam

 

  • Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar. Untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi secara terus ditempat yang sakit.

 

  • Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

 

Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet seperti yang ditetapkan oleh doktor. Kalau gout masih tak berkurang dan bertambah teruk, janganlah pula hanya bergantung kepada petua. Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top