8 Perkara Yang Wanita Wajib Tahu Tentang Bercukur Untuk Kekalkan Kebersihan… Lihat No 4 Ramai Yang Terlepas Pandang!!

Telah menjadi lumrah buat wanita untuk membuang bulu pada bahagian wajah,ketiak,kaki mahupun di bahagian sulit mereka.Pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membuang bulu pada bahagian tubuh.Salah satu pilihan yang paling mudah adalah mencukur bulu dengan menggunakan pisau cukur Venus Comfortglide White Tea Razor.

 

Jangan percaya pada mitos yang mencukur akan membuatkan bulu tumbuh lebih lebat.Mencukur hanya akan membantu membuang bulu pada bahagian permukaan kulit.Namun sebelum anda mengambil keputusan mencukur,beri perhatian kepada perkara berikut.

 

 

1)Cukur selepas mandi

 

  • Pilih waktu terbaik untuk mencukur badan adalah selepas anda selesai mandi.Ini kerana pada waktu ini haba panas daripada aair akan melembutkan rambut dan membuka pori sekaligus menjadikan proses mencukur lebih mudah.

 

2)Gosok keluar sel kulit mati

 

  • Pastikan anda menggosok kulit pada bahagian tubuh sebelum bercukur.Cara ini akan membantu untuk membuang sel kulit mati yang boleh menyumbat pisau cukur.

 

  • Ia juga mencegah pencukuran yang membawa kepada luka.Anda boleh menggunakan skrub wajah atau skrub badan sebagai penggosok sel kulit mati anda.

 

3)Jangan lupa guna krim cukur

 

  • Krim cukur amat penting untuk hasil cukur yang licin dan bersih.Tetapi jangan guna sabun.

 

 

  • Sebaliknya pilih krim cukur atau perapi rambut.Sabun akan mengeringkan kulit.Manakala perapi rambut atau krim berassakan produk untuk melembap akan menjadikan pencukuran lebih licin.

 

4)Cukur secara lembut

 

  • Bagi mendapatkan hasil cukuran yang lebih licin,cukurlah secara lembut dan buat cukuran secara pendek-pendek.

 

  • Jangan terlalu menekan pisau cukur dan jangan buat cukuran secara panjang-panjang.Jika anda perlu mencukur bahagian sama berulang-kali ini bermakna mata pisau cukur telah tumpul dan perlu diganti baru.

 

5)Pilih pisau cukur terbaik

 

  • Memang ada pisau cukur terbaik.Oleh itu carilah pisau cukur yang memiliki pemegang yang boleh digenggam kuat serta lembut.

 

  • Pisau cukur terbaik perlulah mempunyai banyak mata pisau agar anda tidak perlu mencukur pada bahagian sama berulang-kali.

 

6)Guna pelembap selepas bercukur

 

  • Kulit anda perlukan pelambap.Jangan lupa gunakan pelembap pada bahagian tubuh itu.

 

  • Cara ini boleh membantu mengurangkan peluang tunbuhnya bulu yang tidak terkawal dan ruam merah.

 

 

7)Beri masa pada kulit

 

  • Adakah anda boleh bercukur setiap hari?Tidak salah bercukur setiap hari.tetapi jika pencukuran itu menyebabkan kulit merengsa dan menjadi kemerahan,lebih baik anda bercukur setiap beberapa hari bagi memberi ruang masa kulit untuk sembuh.

 

  • Mencukur bulu tidak akan melebatkan lagi pertumbuhan rambut tetapi akan memastikan bahagian tubuh yang dicukur itu kelihatan lembut dan licin.

 

8)Sentiasa tukar pisau pencukur baru

 

  • Anda perlu sentiasa bercukur menggunakan pisau cukur yang baru bagi mengelakkan luka akibat bercukur.

 

  • Biasanya anda perli menukar pisau cukur baru setelah menggunakanya lebih daripada 5 hingga 10 kali.

 

 

Pesanan terakhir, anda dilarang untuk mencukur sembarangan sebaliknya membuat perancangan. Seeloknya, jika ingin bercukur pada bahagian muka, hendaklah dimulakan di bahagian dagu kemudiannya diikuti dengan janggut dan misai.

 

Setelah itu, cukur ke bahagian leher ke bawah sebelum pada bawah bibir. Lakukan dengan tenang dan perlahan-lahan.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top