” ABANG, Lawa La Duit RM 1000 Ni “…Kelemahan Isteri Adalah kelemahan Suami

 

Bidadari saya saya tiba-tiba kagum dengan duit cash dekat dalam tangan dia. Masa tu saya baru je keluarkan duit sedebuk Rm1000 untuk bayar keperluan rumahtangga.

 

Bidadari saya tiba-tiba je jadi jatuh cinta dekat duit sedebuk tu. Aduh!! Bahaya ni. Cinta dunia boleh merosakkan si dia! Terus saya cantas percakapan dia.

 

” Sayang, jangan sayang sangat pada duit. Duit ni kertas je. Duit bukan matlamat kita. Kita nak manfaat daripada duit tu je. Manfaat disebalik duit tu la sebenarnya matlamat kita “

 

Bidadari saya diam je. Mungkin dia tengah tenggelam dalam fikiran dia sendiri. Saya pun cerita jugak kat bidadari saya ni tentang kisah Sulaiman Abdul Aziz Ar Rajhi, seorang jutawan dan juga pengasas bank islam terbesar di dunia, Bank Ar-Rajhi.

 

Kekayaan beliau dianggarkan oleh Majalah Forbes sebanyak AS$ 7.7 billion, sekaligus dinobatkan sebagai orang ke-120 paling kaya di dunia! Tapi akhirnya Ar Rajhi ni memilih untuk hidup miskin dengan menginfakkan hampir kesemua hartanya.

 

 

Ni la contoh orang yang tangannya penuh dengan kuasa dan harta tetapi memilih untuk memenuhkan hatinya dengan kemanusiaan dan rasa bertuhan. Isteri saya masih berdiam diri tapi kali ni dia diam dan sambil menggenggam erat tangan saya.

 

Saya bukan suami yang baik pun tapi saya rasa seorang suami bertanggungjawab untuk jaga dan didik isterinya sampai jadi baik! Sebab tu kalau bergaduh dan saya nampak keburukan pada isteri saya, mesti saya akan sebak dan menangis sebab saya tahu keburukan isteri saya adalah kesalahan dan kelemahan saya!

 

Saya tahu sangat memang saya ditakdirkan menjadi pasangan kepada isteri saya untuk membimbing dan menuntunnya. Bidadari saya adalah amanah dan anugerah terindah daripada Pencipta tulang rusuk saya sendiri. Jika buruk si dia, itu adalah keburukan saya!

 

Jom kita pandang mata si pasangan kita. Cuba tengok dengan pandangan kasih sayang. Tanya hati kita sendiri, berapa lamakah lagi masa yang tersisa untuk kita bawa pasangan kita menuju ke syurga. Bukan kah cinta kat dunia ni memenatkan? Kerana cinta yang takkan penat adalah bercinta di syurga!

 

p/s : Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang bercinta, berkahwin dan beranak pinak biar sampai ke dalam syurga. Jom ajak si dia masuk bersama-sama. Baru la cinta tu namanya cinta until jannah =)

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top