Ada 2 jenis kelompok orang bisnes.

Ada 2 jenis kelompok orang bisnes.

Dapat ilmu baru dengan semangat berkobar-kobar terus praktis setiap hari. Apa hasilnya, dia tak peduli janji dia sudah berusaha, tawakal dan berdoa agar Allah permurahkan rezeki.

Kelompok yang satu lagi, dapat ilmu baru dengan semangat berkobar-kobar tapi dia tunggu nanti.. Harapannya besar, nak berjaya macam kawan yang lain. Usaha dia baru 2-3 kali, takde respond dari orang dia mula patah hati.

 

Jangan macam tu sayang. Nak bisnes jiwa kena kental. Hati jangan mudah berderai. Jangan cepat sentap. Jangan mudah terjebak dengan kata-kata orang.

Nak berjaya dalam bisnes, kurangkan layan telenovela. Kurangkan layan sinetron. Kurangkan masa tidur. Kurangkan masa rehat. Dari masa yang kita curi tu, buatlah iklan produk dan follow up customer.

Yakinlah, setiap usaha tu pasti ada ganjarannya.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.