Adab Meja Makan, No 4 Ramai Yang Buat

Adab Meja Makan, No 4 Ramai Yang Buat

Tiba tiba terpanggil nak menulis ni bila tengok cara anak anak amik makanan. Dan ada yang  saya

tak berkenan.

 

1) Bila ambil lauk, gunakan sudu ya sebab orang lain nak makan juga.

2) Gunakan tangan yang bersih, kalau tangan kanan dah guna untuk makan nasi maka guna tangan kiri untuk  ambil lauk. Taknak sudu tu kotor pula nanti kan.

3) Lauk dalam mangkuk, ceduk dari bahagian tepi ke tengah. Takdalah terus amik dari tengah dan lauk tak masuk dalam sudu. Akhirnya tepi mangkuk jadi comot.

 

4) Jangan pegang dan letak semula lepas tu pilih yang lain. Terutama jika kuih, ikan goreng atau cekodok. No no no.Kita dah pegang pegang takkan nak bagi orang lain makan kan.

5) Senduk nasi satu bahagian dulu. Jangan semua nak dikecahkan. Ambil sebelah dari tepi dulu. Lepas tu senduk nasi jangan tinggalkan dalam periuk tu. Okkkkkk.

 

Sekian, saya membebel di pagi hari. Ni nak bagi anak anak semua baca ni. Belajar sikit. Bukan sibuk belajar cara makan western jerrr. Kat kampung tu yang penting. Adab tu. Camner western pun kita orang melayuu ok. Makan pakai tangan tu sunnah.

 

Jangan lupa, makan semua nasi tu. Kita tak tau butiran mana paling berkat kan? saya ni baru jadi makcik jer. Belum jadi nenek lagi, ntah camner bebelnya nanti.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.