AMALAN YANG SUDAH BIASA TAPI TERLALAI. JOM AMALKAN BALIK

Kisah ini diceritakan semula oleh Ifah semasa pergi ke rumah mak saudara suaminya yang alim.

Semalam pergi ke rumah mak saudara suami. Dia memang alim orangnya, berpurdah. Sampai-sampai di rumah beliau, waktu Asar baru masuk. Soalan pertama: Dah solat ke semua?

Jawapan kami mestilah belum, sebab baru je azan. Lalu disuruhnya solat dulu. Semua solat kecuali saya, uzur. Sambil semua solat, saya menghidang makanan di atas saprah (makan kat bawah, rumahnya banyak mengamalkan sunnah).

Sambil makan, waktu tu tinggal hanya saya dan beliau. Beliau bertanya, kalau uzur apa amalan ifah? Hmm…zikir2 je. Kenapa moksu? Ada amalan khusus?

Lalu dia pun memulakan sesi ‘tazkirah’ nya secara tak langsung kepada saya. Katanya, masa kita uzur ni sering kita rasa serabut kan, syaitan senang nak ganggu sbb kita tak ada amalan khusus tambahan pula kita kotor. Zikir banyak-banyak terutamanya waktu pagi dan petang.

Kalau mampu buat, setiap waktu solat yang 5 waktu tu kita khususkan untuk ibadah juga meskipun kita tak solat tapi kita zikir ikut waktu solat. Tapi kalau tak sempat memadai pagi & petang. Pagi & petang kena zikir.

Bacalah apa-apa zikir pun tak apa contohnya: Subhanallah 100x, Alhamdulillah 100x, Allahu Akbar 100x, selawat 100x. Elok juga amalkan Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim 100x, Laailahaillallah banyak-banyak. Amalkan Mathurat, Manzil….

Nak tidur tu, zikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x. Kemudian ifah baca 3 Qul, hembus di tapak tangan raupkan pada wajah, kepala dan seluruh badan (kecuali tapak kaki & kemaluan), sambil dia tunjukkan demo.

Terharu rasanya sbb benda-benda yg kita dah tahu, cuma kita kurang amalkan. Kurang! Nanti dah boleh solat, jangan lupa amalkan malam-amalam bacaan beberapa surah. Al-Mulk, dapat jadi teman kita waktu dalam kubur. Assajdah pun bacalah malam-malam.

Al-waqiah baca juga, untuk rezeki kita. Insha Allah cuba ifah amalkan seminggu, lepas tu 2 minggu lepas tu ifah terus amal, Ifah tengok mcm mana ifah rasa ya. Jumaat, baca surah al-kahfi. Sekurang-kurangnya 10 ayat pertama tu.

Diriku mengangguk-angguk. Tanda setuju. Sebahagian yang beliau ajari itu ada yang telah jadi amalan tetapku, sebahagiannya, menjadi nawaitu sejak bertahun-tahun (nak zikir setiap kali waktu solat, pg & ptg, dan bangun waktu tahajjud untuk zikir waktu uzur), dan sebahagian ada ilmu baru yang kita kurang jelas, Alhamdulillah dapat bertanya untuk lebih penjelasan.

Syukur dapat usrah begini utk manfaat kita. Sebab tu kita ini kena sering mendengar (tazkirah dan usrah). Sebagai peringatan sebenarnya. Kadang-kadang benda ulang-ulang, benda yang kita dah tahu. Tapi kita TERLALAI. Apabila dapat peringatan, maka kita rasa macam syukurnya, aku terlalai sikit beberapa waktu ini.

Jom! Kita cuba buat. Insha Allah.

Sebelum pulang, dapat hadiah seutas tasbih buah tangannya yang baru kembali daripada Mekah & Madinah. Mereka sekeluarga menunaikan umrah hujung Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah, semoga tasbih itu berguna untuk diri ini.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top