Anak Sudah Ramai, Kelakuan Suami Mula Berubah Tak Seperti Mula Kahwin..

Anak Sudah Ramai, Kelakuan Suami Mula Berubah Tak Seperti Mula Kahwin..

Kisah seorang suami terhadap isterinya….

Semalam sebak tengok seorang wanita berjalan dekat parking bawa 4 orang anak. Semuanya kecil-kecil lagi. Seorang sedang didukungnya. Suaminya laju ke depan dan bawa satu plastik barang kecil dan sebelah tangan tengok phone..

Bila tengok 2 anak tadi tak pegang tangan ibunya dan biasalah anak-anak cuit-cuit dan bergurau dengan adik beradiknya. Saya berhenti kenderaan dan suruh mereka lintas. Saya tunggu sampai mereka dekat dengan keretanya dan masuk kereta.

Suaminya jerit dan marah isterinya. Apalah awak ni, kan kereta tu tengoklah anak sikit. Kalau apa-apa jadi macam mana. Kan parking.. Itupun tak reti. Lambat sangat.. cepatlah sikit kereta nak jalan tu…muka suami merah marah dan macam nak baling barang dalam kereta dan tutup pintu kuat-kuat…

Sedih saya tengok. Ya Allah berilah kelembutan pada suaminya…Betapa wanita itu tabah dan diam jer. Sedangkan dia pegang baby dalam pangkuannya..anak ada 3 lagi. Nak pegang guna apa agaknya..biarlah kereta lain tunggu. Memang sepatutnya yang perlu diutamakan ibu mengandung dan bawa ramai anak kecil..cuba kita try uruskan.

Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..

Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..

 

 

Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.

Begitulah selalunya..

Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit…kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.

Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…

Laaa itu tinggal…ini tinggal…apa awak ingat.

Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah…

 

Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..

Kita marah bila isteri dan anak-anak tak dengar dan buat macam kita nak..isteri dan anak kita Allah yang punya. Kita semua Allah punya. Kita sampai hari ini banyak perintah Allah belum sempurna. Akhlak kita belum macam Allah nak. Kita bukan sesiapa, tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah segala-galanya..

Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.