Anda Hamil? 8 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Disahkan Hamil …

Setiap daripada kita menginginkan kehidupan yang sempurna. Mempunyai sebuah keluarga yang lengkap suami dan isteri serta dihiasi dengan anak-anak. Alangkah bahagianya. Sebab ibu ramai orang berkongsi tips ibu mengandung. Lebih-lebih lagi anak pertama.Kehidupan anda berubah dari hidup bersendirian kepada hidup berdua setelah berkahwin. Kemudian dikurniakan pula anak seorang, dua orang dan seterusnya bergantung kepada rezeki masing-masing.

 

Buat ibu-ibu yang mungkin pertama kali menjadi ibu,mesti sangat teruja apabila disahkan hamil.Namun,bagi ibu yang pertama kali mengandung pasti ini menjadi pengalaman baru dan macam-macam benda yang hendak tahu tentang kehamilan ini.

 

 

Tahukah anda apa yang perlu dilakukan setelah mengetahui bahawa diri anda hamil?
Setelah memastikan ujian air kencing anda adalah positif, semak tarikh akhir menstruasi anda. Ini adalah untuk memudahkan anda dan pakar kesihatan untuk mengetahui usia kandungan dan menentukan tarikh jangkaan bersalin. Berikut dikongsikan beberapa perkara yang harus anda lakukan selepas mengetahui diri anda hamil.

 

1. Bersyukur

Pertama sekali panjatkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa di atas pemberian yang tidak ternilai. Buatlah solat hajat dan rajin-rajinkanlah berdoa semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh hamil sehingga selepas kelahiran. Berdoalah juga agar ibu dan bayi dijauhi dari penyakit berbahaya. Semoga proses bersalin kelak juga dipermudahkan. Sentiasalah berzikir agar didengari oleh si kecil di dalam rahim ibu.Solat berjemaah bersama suami dan berdoa akan kesejahteraan bayi dalam perut.

 

2.Cari maklumat

 

Awal-awal kehamilan penting buat si ibu mencari maklumat tentang kehamilan terutama yang pertama kali menjadi ibu.Cari sebanyak info yang akan si ibu lalui dari trimester pertama sehingga trismesta terakhir.Dekat mana hendak cari maklumat?Ala,sekarang semuanya dihujung jari.Tanya jerĀ  Mr Google ..kan mudah…Laman web baby center juga banyak info tentang kehamilan dan kalau rajin lagi beli la majalah Pa&Ma.

 

3. Membuat buku rekod kesihatan

 

 

Pergilah ke klinik terdekat dan maklumkan kepada mereka bahawa anda hamil. Anda akan membawa pulang sebuah buku rekod yang tertera butir-butir diri anda dan suami serta keputusan ujian pemeriksaan antenatal. Anda akan diminta untuk memaklumkan segala maklumat kesihatan anda serta latarbelakang kesihatan keluarga anda.Perkara ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pemeriksaan antenatal anda. Ujian air kencing serta ujian darah akan dibuat semasa pemeriksaan antenatal. Tarikh temujanji akan diberikan untuk pemeriksaan seterusnya.

 

4.Jaga Dihidrasi

 

 

Di trismester pertama hampir setiap ibu mengalami mual dan muntah sehingga dehidarasi.Tetapi ada yang bernasib baik tidak mengalami apa-apa alahan sepanjang kehamilan.Bagi yang mengalami alahan,si ibu perlulah minum air dengan banyak.Minum lah air apa-apa yang sedap di tekak asalkan air.Eh kopi dan teh elakkan dulu.Lagi satu air cukup penting untuk elak sembelit.

 

5. Mengambil makanan tambahan (supplement)

 

 

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Namun begitu, ibu hamil juga boleh membeli makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian ibu hamil tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Pelbagai jenama makanan tambahan yang terdapat di pasaran kini. Tapi awas! Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.

 

6.Makan Secara sihat

 

 

Ada sesetengah orng kata,tak per makan banyak sebab makan untuk dua orang.Salah sebenarnya pendapat ibu itu.Ibu hamil tidak perlu makan untuk dua orang.Keperluan tenaga tidak berubah untuk 6 bulan kehamilan.ia akan meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari.Makanan ibu mengandung kena banyak buah-buahab dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari.Sediakan sarapan berasaskan kaoborhiratseperti roti,pasta ,nasi dan lain-lain.lagi elok ambil yang bijiran penuh supaya anda mendapat serat yang mencukupi.Dan jangan lupa juga pada protein seperti ikan,telur dan daging.

 

7. Jangan sesekali merokok

 

 

Hentikan tabiat merokok jika anda seorang perokok. Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Nikotin yang terdapat di dalam rokok boleh membahayakan nyawa bayi yang dikandung. Amalkan gaya hidup sihat. Carilah hobi yang bermanfaat sebagai melupakan tabiat merokok. Sayangilah bayi di dalam kandungan anda.Ini bukan untuk isteri sahaja. Suami yang merokok, lebih wajar kalau meninggalkan tabiat buruk ini untuk kesihatan dan keselematan bayi.

 

8. Elakkan kerja berat

 

 

Ibu hamil mesti mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak berat, menyusun perabot, memberus lantai dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jangan pula memanjakan diri kerana pergerakan yang ringan dan berterusan diperlukan oleh badan anda bagi memudahkan otot-otot melalui proses kelahiran kelak. Buatlah kerja rumah yang ringan seperti menyapu, mencuci pinggan, dan mengelap meja. Ibu hamil juga diingatkan supaya tidak berdiri terlalu lama

 

Demikian antara perkara yang perlu dititikberatkan ketika hamil. Penjagaan diri dan kesihatan yang baik adalah sangat dituntut dalam islam. Jadilah ibu hamil yang sihat dan cergas. Ibu hamil harus bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Pengalaman yang dilalui semasa hamil tidak selalunya indah. Ibu hamil bakal melalui pelbagai cabaran, perasaan yang bercampur aduk, keliru, suspen, teruja, adakalanya murung, sensitive, dan sebagainya.

 

Suami perlu sentiasa ada di sisi ibu hamil dan memberi sokongan kepadanya. Membawa kandungan selama 9 bulan 10 hari bukan sesuatu yang mudah. Bakal ibu tidak harus terlalu mengikut perasaan ketika hamil kerana ia akan mempengaruhi anak yang bakal lahir. Pengabaian semasa kehamilan akan berisiko terhadap ibu dan bayi.

 

 

Mintalah bantuan suami anda sekiranya perlu. Jangan memendam perasaan. Para suami juga perlu memahami akan perubahan hormon yang berlaku terhadap isteri mereka agar tidak berlaku salah faham. Berfikiran positiflah sentiasa wahai para ibu hamil dan bertenang dalam apa jua keadaan. Nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi seorang yang penyabar, pintar dan soleh.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top