Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Cara Yang Sihat Dan Selamat… Cubalah!!

Anda sudah mencuba pelbagai cara untuk kurus.Namun hasilnya tidak memberangsangkan hinggakan anda mula putus asa dan kembali pada tabiat lama.Jangan cepat mengalah,ada beberapa amalan kebiasaan yang boleh membantu anda untuk kurus dengan cara sihat.Cubalah.

 

1)Kunyah gula-gula getah

 

 

  • Hasil penilitian di University of Rhode Island,Amerika Syarikat mengatakan mengunyah gula-gula getah setiap hari selama 1 jam dapat mengurangkan kemasukan kalori sebanyak 67 ketika makan tengah hari.Tetapi pilihlah gula-gula getah tanpa gula.

 

2)Tiba-tiba rasa lapar

 

  • Menurut Brooke Joanna Benlifer dari Cornell University,AS mengatakan perasaan mengantuk boleh menimbulkan rasa lapar.Ini kerana kadar hormon ghrelin merangsang nafsu makan apabila anda kurang tidur.

 

3)Bersahabat dengan kacang

 

  • Menurut michael F.Roizen untuk menghilangkan rasa lapar,minumlah 2 gelas air putih dan makan 28 gram kacang yang terdiri daripada almond dan kacang tanah.

 

4)Turunkan 2KG?

 

  • Menurut para ahli dari University ofNorth Carolina,kurangkan mengambil pizza dan minuman soda sebanyak 18%.Ini kerana,ia boleh mengurangkan 56 kalori per hari.Malah ia boleh menurunkan berat badan sebanyak 2 kg per orang setiap tahun.

 

5)Bakteria jadi lansing

 

  • Peneliti di Finland mengatakan pada bakteria baik yang menjaga kesihatan dan membantu menjaga berat badan.Contohnya,pengambilan suplemen probiotik setiap hari selama setahun boleh mengurangkan lemak pada perut dan badan.

 

6)Makanan penghapus lemak

 

  • Penyelidikan di Missouri state University,AS mengatakan makanan rendah lemak berkalsium tinggi dapat menyekat asid lemak dalam saluran penghadaman.Dengan pengam bilan 1.75 mg kalsium dari produk susu rendah lemak,ia dapat menyerap 85 kalori per hari dalam badan.

 

7)Cermin di sebelah

 

 

  • Kajian mendapati makan dengan cermin di hadapan dapat mengurngkan hampir 1/3 jumlah makanan yang masuk kedalam mulut.Melihat bayangan sendiri akan mengingatkan anda tujuan mengurangkan berat badan.

 

8)Bakar 100 kalori

 

  • Otot-otot yang bergerak boleh membuatkan pembakaran kalori diproses dengan cepat.Contohnya dengan menggosok baju,ia dapat membakar 100 kalori apabila anda melakukan selama 40 minit.

 

Sebenarnya tidak susah untuk sihat.Hanya kita perlu lebih bijak dalam mengawal nafsu menggunakan sedikit akal dan kekal pada sesuatu rutin.Macam mana mudah ke diet cara saya ini? Tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut.

 

 

Pelan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah usaha.

 

Usaha Lift Kejayaan.. No U Turn.

 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top