Apakah Agen Penyebab Radang Sinus? Penyebab Dan Kesan Radang Sinus

 

Sinusitis atau radang sinus berlaku apabila terjadinya inflamasi pada atau lebi sinus paranasal.Sinus paranasal adalah ruang berisi udara dan dilapisi oleh menbram mukus yang terdapat pada beberapa tulang tengkorak dan membuka ke dalam kaviti hidung.

 

 

Sinul paranasal terdiri daripada sinus frontal dan sinus maksimari(tiap-tiap sepasangan),sinus etmoid(terdiri daripada beberapa ruang tulang etmoid) dan dua sinus sphenoid.

 

 

Sinus adalah rongga kecil berisi udara yang terletak di belakang tulang pipi dan dahi. Terdapat empat pasang sinus di kerangka kepala manusia iaitu di belakang dahi, di kedua sisi dari batang hidung, di belakang mata, serta di belakang tulang pipi.

 

Penyebab Utama Kemunculan Sinusitis

Penyebab sinusitis yang paling umum adalah kerana infeksi virus. Sering kali disebabkan oleh virus flu atau pilek yang disebarkan sinus dari saluran pernapasan atas.Setelah terjadi pilek atau flu, infeksi bakteri sekunder boleh terjadi. Ini akan menyebabkan dinding dari sinus mengalami peradangan atau inflamasi. Gigi yang terinfeksi juga boleh membuat sinus ikut terinfeksi, terutama gigi yang bagian atas .

 

Lendir atau mukosa yang dihasilkan oleh sinus mengalir ke hidung melalui saluran-saluran kecil. Saluran ini boleh terhalang/ tersumbat, jika sinus terinfeksi atau mengalami peradangan. Akibatnya lendir atau mukosa tertahan di dalam area sinus.

 

Ciri-ciri dan Gejala Sinusitis

 

Gejala awal infeksi sinus (sinusitis) berupa ingus yang berwarna hijau atau kuning disertai nyeri wajah di sekitar pipi, mata atau dahi. Sinusitis biasanya terjadi setelah infeksi saluran pernapasan atas, seperti pilek atau flu. Berdasarkan dimensi waktu sinustis dibagi menjadi Kronis dan Akut. Sinusitis akut jika berlangsung dalam jangka waktu yang singkat yang biasanya merupakan bahagian dari pilek atau alergi. Sedangkan sinusitis kronis jika berlangsung lebih dari beberapa minggu, atau terus terulang kembali.

 

 

Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala

  • hidung tersumbat
  • batuk
  • sakit kepala
  • jerawat pada muka
  • selesema berpanjangan
  • hidung berbau busuk
  • demam
  • letih dan lesu
  • hilang deria rasa dan bau
  • batuk teruk pada waktu malam

 

 

  • anda boleh menggunakan semburan hidung kerana cara ini mampu membersihkan lalaun hidung dan membantu menghilangkan kesesakan pada hidung.Doktor anda boleh memberi semburan hidung yang mampu membantu merawat inflamasi.

 

  • jika anda mengalami sakit atau tekanan pada sinus,doktor anda mungkin akan memberi dekongestan iaitu agen yang mengurangkan atau pun melegakan kesesakan pada hidung.Selalunya dkongestan ini hanya diberikan untuk penggunaan jangka pendek.

 

  • Selain ubat yang diberikan oleh doktor,anda juga boleh mendapatkan ubat pelega kesakitan yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen dan ibuprogen.Ubat pelega kesakitan ini mampu melegakan sakit kepala dan sinus.

 

  • Jika kes sinussitis anda adalah teruk dan doktor mensyaki ia adalah disebabkan oleh bakteria,doktor anda memberikan antibiotik.Adalah penting bagi anda untk mengambil antiobiotik sebagai mana yang dinasihatkan oleh doktor.Anda juga perlu habiskan antioniotik walaupun selepas anda sudah berasa lega.

 

  • Jika alahan penyebab sinusitis,doktor akan merawat alahan tersebut.Selepas itu,sinusitis itu akan hilang dengan sendirinya.

 

  • Elak menggunakan pengankutan udara.jika pengankutan udara amat diperlukan,gunakan semburan hidung dekongsetan sebelum perlepasan bagi memastikan laluan sinus terbuka.

 

 

Pencengahan

Pencengahan jangkitan sinus bergantung kepada penyebabnya.

 

1-Elakan diri dijankiti jangkitan saluran pernafasan atas.

 

  • mendapatkan vaksinasi influenza setiap tahun akan membantu mencegah demam selesema dan jangkitan saluran pernafasan atas.Ubatan demam selesema lain jika diambil pada saat bermulanya gejala-gejala dikatakan mampu membantu mencegah jangkitan.

 

  • mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan kerap dan mengelak diri daripada berjumpa dengan mereka yang mengalami demam selesema.

 

  • Dalam beberapa kajian,ubat hisap zink karbonat dikatakan mampu mengurangkan jangka masa kebanyakan gejala-gejala demam selessema.

 

  • pengurangan stres dan diet pemakanan yang kaya dengan antioksidante terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar boleh membantu mengurangkan sistem imun.

 

2-rancang semasa serangan alahan bermusim

 

  • Jika kjangkitan sinus adalah disebabkan oleh alahan bermusim atau persekitaran,adalah penting untuk mengelak alergen.jika elakan bukanlah satu pilihan,ubatan boleh menbantu.Ubatan tihistamin atau semburan hidung dekongestan boleh digunakan untuk serangan akut.

 

  • Elak berada di luar pada musim alahan.

 

3-Sentiasa Hidrat

 

  • Kekalkan kebersihan sinus dengan  cara meminum banyak cecair bagi memastikan rembesan hidung sentiasa nipis.

 

  • Elak menggunakan pengankutan udara.Jika pengankutan udara amat diperlukan gunakan semburan hidung dekongestan sebelum pelepasan bagi memastikan laluan sinus terbuka.

 

  • gunaka semburan hidung cecair bagi memastikan laluan hidung sentiasa lembap.Menghidu wap daripada mangkuk yang diisi dengan air panas juga boleh membantu anda mengekalkan laluan hidung sentiasa lembap.

 

 

4-Elakan alergen di persekitaran

 

  • pesakit sinusitis kronik perlu mengelakan kawasan dan aktiviti yang boleh memburukan keadaan diri seperti asap rokok,asap rokok yng telah digunakan dan menyelam didalam air kolam berklorin.

 

Pada prinsipnya setiap kali kita tidak yakin tentang apa yang terjadi dengan kesihatan kita, maka sebaiknya berkonsultasilah dengan doktor. Khusus pada penyakit sinusitis ini, temuilah doktor jika megalami infeksi sinus dengan tanda-tanda dan gejala sinusitis seperti di atas yang berlangsung selama berminggu-minggu dan terus datang kembali apalagi disertai dengan demam atau badan panas dingin. 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top