Awas, Risiko Kehamilan Kembar!

Hamil bukan suatu kondisi yang mudah untuk dilalui. Ibu hamil mengalami masalah-masalah tertentu saat hamil, tetapi mungkin berbeza-beza setiap individu. Ibu hamil anak kembar mempunyai risiko mengalami masalah kehamilan lebih tinggi dibandingkan ibu hamil anak satu. Mulai dari masalah biasa, seperti mual dan muntah di pagi hari, sampai dengan masalah yang lebih serius, seperti anemia, tekanan darah tinggi, dan diabetes.

 

 

Hamil anak kembar pastinya berita yang menggembirakan.Apatah lagi yang merupakan kelahiran sulung yang dinantikan.Si ibu mula berimaginasi,membayangkan wajah si kembar yang seiras sambil mempamerkan aksi-aksi comel.Ah,indah sungguh tapi bukan semua ibu bertuah untuk tidak berhadapan dengan sebarang komplikasi.

 

 

Hakikatnya kehamilan anak kembar adalah kehamilan yang berisiko.Lebih membimbangkan apabila si ibu tersebut kerap hamil(dalam tempoh yang singkat)selain mempunyai sejarah kesihatan yang kurang baik.Berikut adalah komplikasi yang biasa terjadi kepada bayi:

 

Kelahiran pramatang

 

Bagi bayi kembar dua, tempoh kehamilan lengkap bagi mereka adalah 37 minggu. Namun mereka berisiko untuk lahir lebih awal. Ini menyebabkan komplikasi kepada bayi kerana organ bayi mungkin belum terbina sepenuhnya. Akibatnya, bayi berkemungkinan mati ketika lahir atau memerlukan rawatan lama di unit rawatan rapi neonatal (NICU) bagi membantu organ bayi berfungsi. Berat bayi pramatang biasanya sangat rendah iaitu di bawah 2.5kg.

 

Sindrom transfusi kembar-ke-kembar (TTTS)

 

Terutama kepada kembar seiras yang berkongsi placenta, akan berlaku transfusi darah diantara kembar. Aliran darah tidak seimbang kepada keduanya dan menyebabkan salah seorang bayi bersaiz lebih kecil dan mengalami anemia akibat kekurangan darah manakala seorang lagi mendapat darah berlebihan yang boleh mengakibatkan kegagalan jantungnya untuk berfungsi. Kesan paling buruk, komplikasi ini boleh mengakibatkan keguguran salah seorang atau kedua-duanya.

 

 

Kematian pasangan kembar

 

Kesan daripada TTTS juga menggalakan risiko kematian dalam kandungan atau dikenali sebagai sindrom kehilangan bayi kembar(vanishin twin syndrom).Apabila ia terjadi,secara tidak langsung pembesaran bayi yang masih hidup akan terjejas sehingaa mengakibatkan kelahiran pramatang dan celebral palsy(gangguan kepada otak dan sistem saraf)yang mana ia mengakibatkan kecacatan kekal.

 

Komplikasi terhadap ibu

 

Wanita juga menghadapi masalah kesihatan ketika hamil tetapi risiko ini meningkat bagi kehamilan kembar. Antara risiko tersebut termasuk:

 

1.Darah Tinggi

 

@Masalah darah tinggi biasa terjadi kepada ibu-ibu hamil.Sekiranya penyakit ini sedia ada maka berhati-hatilah kerana ibu hamil kembar berisiko menghadapi masalah darah tinggi dua ke tiga kali ganda.Secara tidak langsung,masalah sebegini mencetus kepada komplikasi-komplikasi lain seperti saiz bayi yang kecil,kelahiran pramatang,uri lekang(plasenta abrution) dan kematian ketika lahir.

 

2.Preeclampsia

 

@Sebelum hamil,tekanan darah tinggi adalah normal tetapi setelah disahkan hamil,mulalah darah tinggi membuka cerita.Situasi inilah yang mencetuskan masalah preeclampsia kerana kendungan protein yang tinggi dalam urin selepas minggu ke-20 kehamilan.Sekiranya ia bertambah kronik maka ibu berisiko untuk terkena sawan,kekejangan,kerosakan hati dan membayangkan nyawa ketika melahirkan.

 

3.kencing manis

 

@Biasa terjadi kepada ibu-ibu yang hamil malah jika kehamilan kembar pula,risiko ini boleh meningkat hingga dua ke tiga kali ganda.

 

 

4.Anemia

 

@Pada awal kehamilan,kebanyakan ibu berhadapan masalah kurangnya selera makan.Menjengah masuk ke trimester kedua,selera makan sudah bertambah baik cuma yang membimbangkan anemia(kekurangan zat besi dalam badan)masih mencatat paras yang membimbangkan.Ibu mudah terasa letih,lebih-lebih lagi sewaktu hamil anak kembar.ini disebabkan keperluan zat untuk bayi meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding kehamilan tunggal.

 

5.Obstetric cholestasis

 

@Keadaan hati dimana cairan hempedu kurang memasuki hati lalu memasuki aliran darah, terutama garam hempedu. Ini akan menyebabkan kegatalan melampau kepada kulit wanita hamil. Salah satu punca adalah peningkatan hormon estrogen dan progesteron, lalu dikaitkan dengan kehamilan kembar atau berganda. 

 

Ibu-ibu haruslah banyak mengambil susu dan suplement lain untuk kekuatan diri dan bayi.Ibu-ibu juga haruslah banyak-banyak berdoa supaya dipermudahkan segalanya.Semoga ibu-ibu yang hamil selamat melahirkan dan mendoakan bagi yang belum ada rezeki untuk hamil,akan hamil,insyallah.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top