Baru Ku Tahu. Nabi Melarang Kita Berkongsi Selimut Bila Sejantina…

 

Salam.. hari ini aku nak kongsikan 1 lagi ilmu agama yang aku sendiri baru mengetahuinya. Sebagai pelajar yang sudah memasuki alam asrama sejak berusia 13 tahun (tingkatan 1) lagi, adalah menjadi kebiasaan melihat kawan-kawan lelaki ini tumpang tidur dikatil orang lain yang kadang-kadang sekali gus berkongsi selimut. Betul jika mereka katakan yang mereka tidak berada di dalam keadaan syahwat bila berkongsi selimut begitu kerana masih ‘normal’, namun jika telah mengetahui sesuatu itu dilarang oleh nabi, wajiblah mereka tinggalkan serta-merta & tidak mengulanginya lagi. Isu ini telah dijelaskan oleh hadis berikut:

 

Amr bin Abdul Mun’im
Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda.
Ertinya : Tidak diperbolehkan bagi orang lelaki melihat aurat lelaki dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki dengan orang lelaki lain dalam satu selimut, dan wanita dengan wanita lain dalam satu selimut .

 

 

Imam Nawawi Rahimahullahu mengatakan:

Dalam hadis tersebut terdapat larangan bagi orang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Larangan ini sama sekali tidak dapat diganggu gugat .

 

Selanjutnya Imam Nawawi mengatakan : Mengenai sabda Rasulullah s.a.w, ‘Dan tidak boleh seorang lelaki bergabung dengan orang lelakii lain dalam satu selimut, dan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut’, merupakan larangan yang sifatnya haram apabila diantara keduanya tidak terdapat pemisah. Dan itu menunjukkan larangan penyentuhan aurat bahagian tubuh mana pun, baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulama.

 

Banyak orang yang meremehkan masalah itu, di mana mereka banyak yang mandi dalam satu kamar mandi. Oleh kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh lainnya dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh oleh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.

 

Nauzubillahiminzaliq.. peringatan buat diriku juga… Wassalam

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top