Berhati- Hati Dengan Kereta Polis Yang Mengekori

Berhati- Hati Dengan Kereta Polis Yang Mengekori

Assalamualaikum,

Saya dapat mesej ini, nak tanya bekas ketua-ketua polis dalam grup ini, mesej ini betulkah….boleh percayakah….

Pagi ini saya cuba memanggil nombor “112” dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency– Center (dengan hanya 3 deringan).

 

Seorang wanita (mungkin pegawai polis) yang menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dengan panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.

 

 

Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)

Kejadian berlaku kepada seorang pelajar kolej perempuan berumur 19 tahun. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1 petang. Dia sedang memandu untuk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dengan kereta yang tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat seperti stesen minyak/balai polis dan lain lain), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.

 

Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dengan tenang, pihak polis dalam perjalanan ke lokasinya sebagai “back up”.

 

10 min kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta ‘polis’ di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yang memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yang tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda untuk berada di tempat yang selamat. Berikan isyarat untuk memaklumkan mereka contohnya hazard light, atau telefon talian 112.

 

Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar-warkan maklumat yang sangat berguna ini.

Sekarang giliran anda untuk memaklumkan kawan2 yang lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yang akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yang dipanggil “triangulation” yang boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.

 

PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.