Berjenama Bukan Untuk Semua Orang….

Ramai orang setuju,jualan gudang adalah saat yang tidak boleh dilepaskan.Manakan tidak,barangan mahal dan berjenama boleh turun harga hingga 90% siapa yang taknak kan?

 

 

Soalnya apa yang mereka rasa tatkala menyandang tas tangan yang sebenarnya diberli murah sahaja itu,sedang orang mengagap barang itu mahal.Jika seseorang menegur,”wah cantiknya beg engkau.Ni tentu mahal ni.berapa engkau beli?beli di mana?”Apakah mereka akan menceritakan hal sebenar bahawa barang itu dibeli semasa jualan guang sahaja?

 

Sudah tentu tidak bukan?Sedaya mungkin mereka akan menyembuyikan hal yang sebenar.Bahana jualan gudang memang berhantu.Satu hari saya dapati lebuhray yang selalu saya lalu untuk ke TV3 ada banyak kereta di parking di tepi-tepi jalan,tanpa mempedulikan saman yang dikeluarkan oleh pihak polis.Saya fikir tentu ada kemalangan atau keraian yang tidak dijanka seperti kedatangan pembesar negara dan sebagainya.Rupa-rupanya orang ramai tersesak-sesak untuk memasuki IKEA yang ketika itu hendak membuka cawangan nya di Malaysia.Gedung IKEA menawarkan harga murah untuk sesetengah barangannya.

 

Baru-baru ini,hal lebih dasyat berlaku semasa jualan gudang kasut berjenama Vincci di Glenmarie,Shah Alam.Bukan sahaja jualan berkenaan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan,malah hingga berlaku pergaduhan dengan pihak polis.Bayangkan terlalu ramai orang yang datang hingga hilang rasa malu sesetengah wanita memanjat pagar dan tembok.Ada juga yang mengetok atau menggegarkan pintu ppagar kerana tidak sabar menunggu.

 

Apabila jualan gudang iu dibatalkan ia menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang terutama mereka yang sudah menunggu seawall subuh.

 

Soalnya,kenapa teruja sangat dengan jualan gudang?Bukankah jualang gudang adlah langkah melupuskan barangan lama yang tidak terjual atau hamper tamat tempoh?Tidak mungkin pengilang turunkan harga gila-gila sekiranya barangan itu baru atau masih memiliki kualiti yang maksimum?

 

Pada awal September lalu,ada satu jualan gudang pebagai jenis coklat di klang yang membuatkan jalan-jalan di bandar itu mengalami kesesakan luarbiasa.Dikatakan mereka beratur selama 3 jam hanya untuk dapat masuk,belum termasuk tempoh mencari parking,membuat pilihan,membayar dan keluar semula,entah berapa jam digunakan untuk membeli satu dua coklat.

 

Di pusat beli belah pun,jika ada saja jualan murah diumumkan akan sesaklah dari Dalam bangunan tersebut sehingga jalan sekitarnya.Lebih-lebih lagi jika dilakukan jualan pada awal bulan gaji dan orang sedang berduit.Apakah orang perempuan sahaja yang begini?Sebenarnya kedua-duanya sama naik.Ikutlah barangan yang ditawarkan itu,kalua kasut,tas tangan memang wanita yang berhantu.kalau yang membabitkab aksesori kereta,motosikal atau peralatan sukan tengoklah lelaki akan keluar.

 

Senario amat teruja dengan jualan murah ini menunjukan terlalu ramai orang yang mementingkan gaya semasa hidup.Mereka tidak malu berkhemah di luar premis semalaman semata-mata untuk memastikan menjadi orang terawal dapat memiliki apa-apa yang ditawarkan.Soalnya,jika orang biasa-biasa mengenakan barangan mewah,tidakkah itu janggal dikalangan mereka yang mengenali kita?

 

Sudah tentu orang mereka pelbagai cerita buat kita.Pertama,”wowwww kasut berjenama.Ini tidak dapat 2 3 ribu ringgit ni.Tapi mampu pulak dia pakai.Dapat duit dari mana?”
“Alah,kalua setakat jadi kerani,tentu beg dia tu beli semasa jualan murah jerrr.””Amboi,jenama leo dan vincci ini mahal ni,ini barangan asli atau beli di pasar malam jer?”

 

Tidaklah salah seandainya telah menjadi hobi,namun jika boleh lalui lah kehidupan yang sesuai dengan keupayaan kita yang sebenar rasanya itu lebih mudah.Tidakkah anda rasa begitu?

 

 

Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ni. Bagi saya, biar tak nampak ‘berharta’, asalkan poket saya kaya. Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi ‘harta’. Tapi kalau ada ‘harta’, bukan senang nak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak…

 

 

Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.

 

 

Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top