Bila Isteri Berduka, Pujuklah Dia

Sememangnya hati wanita mudah tersentuh dan sensitif,Apa lagi tatkala dirinya kehilangan orang yang disayangi seperti sahabat baik atau saudara terdekatnya,pasti air matanya menjadi penemannya sepanjang masa.Perkara ini tidak boleh diniarkan berlarutan,bimbang akan menggangu emosinya.Sebagai suami,ambil beberapa langkah ini dalam memulihkan semangat sang isteri yang sedang bersedih.

 

 

1.Berada di Sisinya

 

Sudah tentu sebagai suami,anda diperlukan ketika isteri sedang bersedih.Malah sebagai suami,sebaiknya anda pastikan keberadaan anda yang sentiasa dekat dengan si isteri.Beradalah disisi isteri yang sedang dilanda kesedihan.Fitrah wanita,sama ada gembira atau sedih,mereka amat memerlukan orang tersayang untuk bersama mereka.

 

2.Mengambil Berat

 

Biarpun anda tidak begitu rapat dengan orang yang isteri anda kasihi,sekurang-kurangnya tunjukan sifat ambil berat anda akan situasi yang dihadapinya apabila kehilangan orang yang tersayang.Walaupun kadang kala,kehilangan tersebut tidak seistimewa dihatinya,tetapi tunjukan kita turut bersama merasai kehilangan orang tersayang.

 

 

3.Menjadi pendengar

 

Selain mengambil berat,anda juga perlu menjadi pendengar yang setia disaat isteri anda sedang bersedih.Cuba beri sepenuh perhatian jika isteri memerlukan anda untuk menceritakan sesuatu.kadang-kadang meluahkan perasaan menjadi sebahagian daripada kaedah firtah isteri untuk menghilangkanresah dan sedih.

 

4.Beri keyakinan

 

paling efektif,ketika isteri anda dilanda pilu,cuba kuatkan keyakinan isteri anda dengan menggunakan ayat-ayat kasih sayang serta tunjukan kesediaan anda untuk sentiasa bersamanya dan akan membahagiakannya sampai bila-bila.Percayalah,langkah ini bakal meredakan sebahagian kesedihannya.

 

5.kata-Kata Motivasi

 

Sebaiknya menghadapi situasi sebegini,adalah lebih baik untuk anda mengelakan diri daripada menggunkan waktu kesedihan sebegini untuk bercakap tentang perkara-perkara logik.Sebaliknya banyakan bercakap tentang emosi,disamping selitkan beberapa elemen motivasi atau kata-kata semnagat bagi memulihkan emosinya.

 

 

6.bahagiakan isteri

 

Sebagai suami anda juga perlu bersabar dengan pelbagai kerenah isteri yang kadangkala bersmosi dan tidak masuk akal bagi lelaki ketika dia menghadapi saat-saat sukar ini.Kadang kala pengornanan kita untuk membahagiakan isteri pada waktu-waktu sebegini amat dihargai dan mengurangkan tekanan yang ditanggung sang isteri.Buatlah sesuatu yang isteri bahagia,sesuatu yang mereka suka atau minta ketika itu jadi sangat barharga untuknya.

 

 

Apapun, para isteri jangan hanya fikir merajuk diri sendiri yang tak berkesudahan. Lihatlah ke hati dan minda suami, apa pula yang suami merajuk dan berjauh hati dengan sikap kita sebagai isteri. Pujuklah suami dengan perbuatan, sentuhan dan kata-kata yang menenangkan – bila suami merajuk dan berjauh hati. Berusahalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati suami dengan usaha dan doa.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top