BOLEH KE PAKAI MAKEUP YANG EXPIRED?

 

Jeng jeng jeng.

Selalunya bila kita beli barang makeup, tak kisahlah gincu ke blusher ke eyeliner ke foundation ke.. Kita mesti belasah guna sampai habis kan?

 

Kalau yang selalu makeup pakai benda yang sama berbulan-bulan, cepatlah habis kan.

 

Tapi, kalau yang jenis chipsmore pakai tu, konon hari ni rase angin sepoi-sepoi bahasa bangun pagi terus riang gembira nak pakai makeup, dia rajin, die tepek makeup.

 

Bila angin ribut taufan datang, tak siapa boleh kacau, langsung makeup jauh panggang dari punggung nak pakai, maka mereput la makeup duduk dendiam di tepian meja solek.

 

Dah tuuu, boleh ke pakai je makeup tu terus-terus sampai habis?

 

Sebenarnya, makeup pun ade tarikh expired taw. Tak boleh nak main pakai sahaja even sudah expired.

 

 

Kenapa?

 

Sebab bila makeup dah expired, kadang-kadang boleh sebabkan alergik, gatal-gatal dekat kulit. Foundation especially.

 

Contoh kalau macam blusher ke eye shadow ke, bila dah expired, powder tu takkan melekat dah. Penat la sapu kat pipi ngan mata tetebal kan. Tapi, tak lekat jugak warna die.

 

Lipstick pulak, ade sesetengahnya boleh hitamkan bibir atau warnanya sudah tak terang sangat macam kita mula-mula pakai kalau sudah expired.

 

So, uolls kena la tau the right time bila nak buang mekap tertentu. Atau pun, kalau rasa taknak membazir, dah beli barang makeup memahal, haaa, pakai hari-hari, pakai cepat-cepat bagi habiskan.

 

Dalam rumah, pergi ofis, pergi joging, pergi makan kat kedai mamak, pergi cuci kereta, pergi pasar malam.. haaa, pakai selalu bagi cepat habis. Hehe.

 

Tapi, kalu banyak duit nak ditabur kat makeup pelbagai jenis, terpulanglah. Hikhik.

 

Yang penting, expired jeee makeup tu, uolls jangan simpan k. Terus buang. Gitu.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top