Cara Memujuk Hati Sendiri

 

Kebiasaannya kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jangan lupa juga untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa, terusik dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk, hati sendiri juga ingin dipujuk. Tapi siapakah yang berada kita selama 24 jam setiap hari? Hanya diri sendiri sahaja yang tahu betapa peritnya di hati. Tidak semua manusia boleh berada di sisi kita selama 24 jam. Hanya Allah S.W.T sahaja yang bersama kita pada setiap waktu. Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memujuk hati termasuklah peringatan untuk diri saya juga. Tips nya adalah seperti dibawah:

 

🍭Iman – melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah zikir.

🍭Muhasabah diri – imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.

 

πŸ­β€œSaya kuat” – motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.

🍭Menangis – menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Luahkan saja apa yang ada dalam diri.

🍭Tidak lari dari masalah – hadapi lah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

🍭Sayangi diri sendiri – masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu bersabar.

 

Semoga tips diatas memberi manfaat kepada kita.
Jangan putus asa,
Teruskan sahaja kehidupan
Dan bergembiralah..

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top