Cara Paling Mudah Pack Pakaian

14 Tips Cara paling Mudah Pack Pakaian

1. Jangan lipat, sebaliknya gulung.

2. Gunakan Beg vacuum.

3. Gunakan prisipal ‘piramid’. Mulakan dengan menyusun kasut di tepi dinding beg. Kemudian pakaian besar seperti seluar atau skirt. Jangan lipat atau gulung. Bentangkan pada dasar beg, ia akan bertindak sebagai ‘pembalut’.

Kemudian gulungkan pakaian yang kurang kedut. Selepas itu, lain-lain pakaian yang lebih kecil/senang kedut. Akhiri dengan aksesori, kosmetik, barangan mudah pecah dan lain-lain.

4. Perlu ke bawa payung???

5. Barangan kecil boleh dimasukkan ke dalam barangan lain seperti ruang rongga kasut, kotak ubat dan lain-lain.

6. Untuk pakaian mahal seperti suit, tux, cocktail dress, jangan masukkan dalam beg. Masukkan ke dalam ‘holdall’ sekali dengan hanger, senang boleh gantung pada hook dalam kereta, keretapi atau kapal terbang.

7. Tak perlu bawa sekotak first aid kit. Apa yang perlu sahaja.

8. Jangan biarkan tempat kosong.

9. Bawa apa yang perlu sahaja. Hairdryer kat hotel dah ada boleh request, yang kau nak bawak jugak tu kenapa?

10. Wayar/cable charger/earphone sila gulung. Balut barang mudah pecah dalam stokin, sumbat dalam rongga kasut.

11. Masukkan kasut ke dalam bathing cap.

12. Gulung stokin ke dalam cup bra mahal supaya tak kedut.

13. Buka penutup shower gel (dan lain-lain yang mudah tumpah). Letakkan plastik wrap kecil. Tutup semula penutup. Ini boleh elakkan dari tertumpah.

14. Buka klip rantai. Masukkan rantai ke dalam straw, klipkan di luar, ini untuk mengelakkan dari tersimpul.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top