CARA SIMPAN RM12,000 JADI RM39,000 DALAM 20 TAHUN UNTUK ANAK DI TABUNG HAJI…

 

Ia sebenarnya pengiraan simple iaitu dengan mengamalkan teknik “simpan & tinggal” + “compound interest”

 

Syarat paling penting :
Jangan sesekali usik atau amik duit anak tapi nak tambah boleh serta dialu-alukan…πŸ˜ŠπŸ–’

 

Sebab memilih untuk menyimpan di Tabung Haji :

1. Tabung Haji membayar zakat ke atas wang simpanan bagi pihak pendeposit setiap tahun jadi x perlu bingung lagi. Ada diterangkan masa “akad” waktu mula2 simpan. πŸ˜ŠπŸ‘Œ

2. Tabung Haji dilindungi PIDM. Andaikata sistem perbankan kerugian. Wang pendeposit akan diberi sepenuhnya. Rujuk www.pidm.gov.my

3. Niat untuk “jihad kecil” dengan menyumbang jua la untuk TH buat projek masjid, projek amal & Hotel sana sini πŸ˜ŠπŸ‘Œ

 

Cara menabung :

1. Beli tabung = simpan konsisten setiap hari… Duit syiling lepas beli barang masuk terus ke tabung anak… Biar berkikis bulu betis xpa demi masa depan anak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Penuh tabung masuk dalam Tabung Haji…

Simpan & tinggal…

RM12,000
Andaikan interest & BONUS = 6% secara konsisten dalam 20 tahun akan jadi
RM39,000 dengan keajaiban “compound interest” πŸ˜ŠπŸ‘Œ

Ia adalah jumlah statik tak ditambah setiap tahun & jika interest+bonus cuma 6%…

Jika tinggi jumlahnya setiap tahun lagi tinggi nilainya selepas 20 tahun πŸ˜ŠπŸ‘Œ

Nahhh RM39,000 bole la guna untuk anak sambung belajar nanti atau beli keperluan lain di masa hadapan πŸ˜ŠπŸ–’πŸ–’πŸ–’

* Berikut saya sertakan kaedah pengiraan dari “compound interest calculator” di dalam gambar… juga boleh search di google untuk kira sendiriπŸ˜ŠπŸ‘Œ

Disclaimer : Bukan review berbayar untuk Tabung Haji… Sekadar perkongsian ilmu yang ada… πŸ˜ŠπŸ‘Œ

Sila SHARE agar ramai tahu πŸ˜ŠπŸ–’

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top