Cara Terbaik Untuk Berhadapan Dengan Si Kaki Penipu

Cukup, cukup sudah….

 

Menipu, penipuan, tertipu, ditipu atau apa sahaja dikaitkan dengan TIPU pasti tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Jika diri sendiri tidak dapat menerima ditipu, kenapa kita perlu penipu. Ingat, apa sahaja yang dilakukan oleh kita akan datang semula pada diri kita.

 

Kepada anda sering berhadapan dengan manusia bercakap putar-belit, hati-hati takut nanti terjerut leher. 

Individu yang sudah biasa dengan menipu kita tidak akan dapat melihat tanda-tanda menipu seperti gagap atau tidak bertentangan mata. Mereka boleh menjadi rileks atau bercakap seperti normal dengan memancing perkara-perkara kita percaya. Tahukah anda jika kita terlalu melayan individu seperti ini, lama-kelamaan ia boleh merosakkan jiwa mereka. Kasarnya…mereka boleh jadi gila! 

 

Dari laman Psych Central, terdapat pelbagai cara terbaik untuk diri anda berhadapan manusia penipu

 

#1 Berlakon ‘bodoh’

 

Apabila mereka bercerita tentang sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, cuba anda membalas dengan kata-kata “…saya tak pernah tahu pun, cuba cerita semula..saya tak berapa faham lah..” atau “kelirunya saya dengan cerita ini, cuba terangkan semula..sebab apa yang saya dengar lain”. Ini adalah salah satu cara untuk anda memastikan apa yang diberitahunya tidak ditambah dengan apa-apa cerita tipu. Bukan untuk anda mencari salah atau penipuannya ianya juga untuk anda mendapatkan informasi yang telus dan benar. 

 

 

#2 Beri reaksi tajam

 

Mungkin anda sudah naik menyampah untuk mendengar cerita hebat dan bertaraf filem Hollywood tapi sabar..apa yang perlu anda buat hanya dengar tanpa perlu mengiyakan atau menidakkan. Saat dia menunggu untuk anda memberi reaksi, beri pandangan tepat, tajam ke arah si pelaku tipu itu. Biar dia rasa tidak selesa dan berkemungkinan menyedari anda mungkin tidak lagi percayakannya. 

 

#3 Berdiam diri

 

Anda TIDAK akan menang jika anda berbincang atau bergaduh dengan si penipu. Mereka biasanya tidak mempunyai identiti diri dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Daripada pening mendengar pelbagai cerita tipu mereka lebih baik anda bertindak mendiamkan diri. Elakkan berkawan rapat dengan seseorang seperti ini, hanya bercakap apabila ada perkara yang penting atau kasual. Jangan rasa takut atau bersalah apabila anda mula menjauhkan diri dari mereka sebab mereka tidak pernah kisah kerana lebih ramai lagi mangsa untuk dicari. 

 

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga…

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top