Dia Tiba-Tiba Macam Bidadari Dari Syurga, Kadang-Kadang Macam Geram Je Kita Rasa

Mengaku sajalah, ada juga pelbagai perangai pelik si isteri ini yang kadang-kadang pening kepala si suami nak layan. Tapi, si isteri ini jugalah hadiah yang paling tak ternilai buat si suami.

 

Tabiat macam sikit-sikit asyik nak call suami, berpura-pura comel (hehehe) dan lemah bila nak minta tolong suamilah, suka ambil banyak selfie dan padam semuanya, atau lama sangat shopping mungkin akan buat suami menyampah (tapi sayang). 

 

Namun, tanpa isteri, rasanya tak terurus langsung suami ini! Kitalah yang kemas dan basuh baju, memasak dan bagi sekeluarga makan ikut waktu. Kita jugalah sumber bila nak cari mana barang yang hilang!

 

Jadi, sebab itu wanita adalah hadiah teristimewa untuk seorang suami. “Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!”Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta.

 

 

Isteri call.‘Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?‘Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah.

 

“Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!”Saya duk depan pintu. Serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Saya duduk tepi rak kasut.

 

“Abang ni, kenapa duduk situ? Kotorkan! Masuklah!”Saya masuk dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Rasa asing di rumah sendiri.

 

 

Duduk sampai tertido. Sedar-sedar isteri dah baring di riba. Habis basah airmatanya membasahi seluar saya.

 

Nak bagitahu apa?Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.

 

Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.Kita yang lelaki ni boleh tegak berdiri.

 

Perempuan ni memang memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini. Sabarlah.

 

Itu sahaja Allah pesan pada kita.Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!

 

Betul tak para suami? 

 

Untuk menyemarakkan rasa cinta ini, janganlah berhenti tunjuk betapa anda menyayangi mereka. 

 

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia terletak di tangan suami isteri yang bijak mengemudi cabaran dan menyemarakkan rasa cinta.

 

Jom kongsi dengan suami tentang perangai ini! Mana tahu lepas ini anda bolehlah buat perangai ini dengan perangai annoying anda, sebab suami tetap akan cintakan anda. Hehehe

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top