DUNIA TEMPAT MENINGGAL, BUKAN TEMPAT TINGGAL!!!!!

Assalamualaikum,admin selalu terkesan dengan manusia zaman kini,semuanya sibuk mengejar dunia sedangkan akhirat yang hakiki….tidak salah bagi admin kita mencari sedikit kenikmatan didunia ini,carilah sebanyak mana pun Tapi jangan lupakan akhirat yang sedang menanti…Itu adalah kehidupan yang sebenar yang Allah janjikan.

 

Ada sekali tu ana pergi kedai kurma di Kota Madinah…Tiba-tiba pakcik dari Malaysia salah seorang pekerja di kedai kurma tersebut beri nasihat/targhib pada ana…..

 

“Dunia kita kumpul untuk di tinggalkan….tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk di datangi kerana kita akan pulang ke sana…Bila kita kumpul dunia banyak-banyak, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia..sebab CINTA DUNIA dah kuat.Bila nampak harta benda yang kita dah kumpul…tu yang takut dan terasa berat nak mati…

 

 

Tapi bila menambah bekal akhirat banyak-banyak, tak sabar nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak-banyak ke sana..Tu yang mati tersenyum gembira..rasa senang nak matiMacam kami ni kerja di Saudi tapi wang di hantar ke Malaysia..Rasa tak sabar nak pulang ke Malaysia kerana wang telah di hantar ke sana dan telah di bina rumah di sana..

 

Begitulah Akhirat…kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat…”Begitu nasihat dari pakcik Malaysia pekerja kedai kurma..

 

Jauh mana pun kita pergi….kaya mana pun kita…besar mana pun rumah kita…banyak mana pun harta kita….INGATLAH semuanya hanya pinjaman dari Allah dan Allah juga yang memberikanya…Back To Allah,insyallah akan berjaya dunia akhirat.

 

Kerana ana kuat sangat fikir Dunia, maka Allah hantar orang kedai kurma sekolahkan ana sedikit, bagi sedikit peringatan dan tazkirah……Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal…

 

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal……Terima Kasih Allah…bagi kami Peringatan.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top