Hantu Laksa, Pasti Akan Terliur…

Laksa merupakan makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi perut ketika cuaca panas membahang seperti sekarang. Regunya tidak lain tidak bukan, cendol ataupun ais batu campur. Makan pula di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang nikmat dan terangkat habis.

 

Tetapi, definisi laksa yang sedap itu macam mana? Setiap negeri berbeza resepi dan ramuan bagi menyediakan laksa. Di Pulau Pinang, kuah laksanya yang pekat menambat selera sesiapa sahaja manakala di Perak, walaupun kuahnya cair, rasanya tetap padu dan membuatkan sesiapa sahaja ingin menambah apabila memakannya.

 

Antara makanan kesukaan mestilah laksa. Kalau malas nak buat tunggu je lah bila ada pasar malam dekat mana-mana tu. Sekarang pun sudah banyak delivery laksa,sangat mudah hendak mendapatkannya sekarang. Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri. Salah satunya adalah laksa. Orang kuala Kangsar sudah cukup terkenal dengan keenakan laksanya yang tersendiri. Laksa lain dari yang yang lain iaitu laksa tepung.

 

 

Antara laksa yang wajib kena singgah di kuala kangsar:

 

1)Laksa Pokok limau

 

  • Memang sedap….. tak rugi datang dari jauh semata2 nak merasa dan mnikmati keenakkannya.. Telur sarang burung yang rangup.. tak berminyak..kuah yang pekat.. Laksa juga banyak dan harga mampu makan.. 

 

  • Pertama kali makan dah jatuh cinta dengan rasa laksa yang asli juga keramahan, senyuman serta budi bahasa juga bagus.

 

2)Laksa Pak Ngah

 

  • Sebut je Laksa Pak Ngah orang dah kenal dah. Laksa Pak Ngah bukan asing lagi di Kuala Kangsar malah hampir satu Malaysia tau Laksa Pak Ngah ni. Merata-rata jumpa Laksa Pak Ngah.

 

  • Buat pertama kali aku singgah di Restoran Laksa Pak Ngah. Selalu aku nampak lori bergerak laksa Pak Ngah je. 

 

 

  • Restoran Pak Ngah ni terletak betul-betul di belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar. Ada signboard kecik je kat simpang masuk ke restoran. Kalau nak pergi ke sini korang usha-usha la signboard tu. Jangan sampai terlepas simpang haha macam aku. 

 

3)Laksa Lubuk Merbau

 

  • Kalau dah sedap sampai ceruk kampung pun orang cari. Itulah dia kehebatan Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Memang sampai ke lubuk lah cari laksa haha.. 

 

  • First time aku sampai ke sini walaupun aku selalu balik kualer. Dari highway kuala kangsar tadi aku nampak hutan je, masuk satu lorong (muat-muat je satu kereta), rasanya perjalanan masuk lebih kurang 1km, rupanya ada kawasan perkampungan dan kawasan perusahaan laksa dalam ni.

 

  • Sampai-sampai je jumpa banner ni. Wow ! 

 

 

Makan laksa ingat-ingat lah admin disini,terliur admin sorang-sorang.Admin pun suka juga laksa ni tapi tak lah sampai hari-hari pekena laksa.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top