Harta Dan Wang Ringgit Bukan Pengukur Untuk Menunjukkan Hidup Seseorang Itu Mendapat Keberkatan… Tanda-Tanda Besar Hidup Tidak Berkat!!!!

Setiap orang apabila ditanya apa dia mahu dalam hidup ini…rata2 akan menjawab mencari redha dan keberkatan dari Allah. Tapi ramai gagal menjawab dgn baik apa maksud berkat. Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tiada keberkatan.

 

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

 

Antaranya:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

 

 

  • Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah.

 

  • Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

 

2. Buat kerja tapi tak siap.

 

  • Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung.

 

  • Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

 

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa’at.

 

  • Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

 

4. Masa habis dengan sia-sia.

 

  • Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh.

 

  • Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

 

5) Hati Tidak Pernah TenangĀ 

 

  • Biarpun memiliki segalanya, hati tetap rasa resah. Semakin hari jiwa rasa semakin kosong biarpun dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan. Terasa seperti kehilangan sesuatu.

 

 

Jika ada tanda-tanda sebegini, sudah sampai masanya untuk ubah cara hidup. Jika rasa banyak duit tapi tak pernah cukup, apa kata selepas ini bila terima gaji, sedekahkan sedikit kepada yang lebih memerlukan.

 

Bila buat kerja tu biar sampai siap. Jangan biarkan tergendala. Kalau gagal sekalipun, cuba dan terus cuba sampai berjaya.Kalau terasa seringkali tidak cukup masa, hentikan membuat kerja-kerja yang tak berfaedah seperti bermain game, bergossip di laman sosial dan sebagainya.

 

 

Gunakan masa itu untuk mendekatkan diri kepadaNYA.Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada sebabnya. Kaji balik kenapa kita rasa kekurangan, kesedihan, kekosongan..pasti kita akan menemukan jawapan.

Perbaiki diri, perbetulkan apa yang silap. Sedikit demi sedikit kita akan nampak perbezaan yang jauh lebih baik dari diri kita yang sebelumnya

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top