Hidup Ikut Kemampuan Bukan Nafsu !!!!!

Tidak kira bandar desa,pekan atau kampung semuanya memerlukan kos tertentu.Jika dahulu untung mereka yang duduk dan kerja dikampung halaman sendiri.Dapat berjimat kerana kos hidup rendah.

 

Tapi kini,dengan tekanan kos sara hidup semakin meningkat,tekanan dirasai di mana-mana.Sama ada di kampung mahupun dibandar,bahangnya tetap terasa.Mustahil dapat dihindari.Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan perbelanjaan peribadi secara berhemah.

 

 

Langkah segera yang perlu diubah adalah seperti berikut :

 

1) Hidup mengikut kemampuan pendapatan bulanan

2) Nenperuntukan wang atau menabung

3) Mencapai matlamat kewangan anda

4) Menyediakan dana kecemasan

5) Memupuk tabiat mengurus kewangan yang baik sambal membuat tinjaun atas aliran tunai dan nilai harta bersih anda

6) Sediakan bajet pada awal bulan atau pada hari anda menerima gaji bulanan.

 

 

Perkara perlu ketika menyediakan bajet

• Buat anggaran pendapatan mengikut tempoh bajet.Ini merangkumi gaji,komisyen,elaun dan lain-lain sumber kewangan.

 

• Simpan dan mesti ada peruntukan untuk dana kecemasan

 

• Buat anggaran untuk perbelanjaan tetap bagi tempoh bajet.Ini merupakan perbelanjaan yang perlu dibayar atau dibelanjakan termasuk sewa rumah,ansuran pinjaman,pembayaran kad kerdit dan premiums insurans.

 

• Mesti ada juga perbelanjaan boleh ubah bagi tempoh tersebut.Ini meliputi perkara seperti berikut petrol,barang-barang dapur,bil elektrik dan air.

 

• Ada juga perbelanjaan mengikut budi bicara iaitu bagi sesuatu yang anda mempunyai pilihan sama ada untuk berbelanja ataupun tidak.Ini termasuklah pembelian hadiah,keperluan hobi,hiburan dan juga pergi bercuti.

 

Anda juga perlu

 

1) Bersabar dan berdisplin.Penyediaan bajet yang baik pastinya mengambil masa dan usaha yang berterusan.

 

2) Bersikap realistic.Jika anda berpendapatan sederhana,jangan berharap menyimpan wang yang banyak dalam masa tempoh singkat.

 

3) Bersikap fleksibel.Mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dan perubahan dalam harga barangan dapur dan lain-lain perkara,maka kaji semula bajet jika perlu.

 

4) Simpan sebahagian dari wang untuk lain-lain hal ataupun untuk berhibur bersama keluarga.Masa begini juga perlu untuk merasai dan menikmati kehidupan sendiri.

 

 

Dengan mengikuti langkah yang ringkas tetapi sukar ini, saya mula berbelanja dari 125% daripada pendapatan saya kepada hanya 85%. Sekiranya anda melebihi 100%, jadikan ini matlamat pertama anda: tidak lagi berhutang, matlamat seterusnya adalah mengurangkan hutang anda dan menjadikan perbelanjaan anda di bawah 100%.

 

Kesimpulannya, bersederhana dalam perbelanjaan amat dituntut dalam Islam dan ia hendaklah dilakukan mengikut keperluan yang secukupnya sahaja tanpa terpengaruh dengan hawa nafsu. Biarlah setiap sen wang yang dibelanjakan bukan setakat memenuhi keperluan tetapi matlamat yang ingin dicapai ialah mendapat berkat dan keredaan Allah SWT.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top