INILAH SEBAB MENGAPA NABI MELARANG MENCABUT UBAN

Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya ” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ‘ Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan)

 

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban, dalam kitab sahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

 

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadis berikut. Dari Abu Hurairah , Rasulullah SAW bersabda,
 
”Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan , juga dengannya akan ditinggikan satu derajat” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan)

Pada tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Muzium Nacional de Ciencias Naturales Sepanyol menjalankan kajian tentang uban. Dari hasil para penyelidik itu menunjukkan uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup panjang dan sihat. Namun khabar buruk bagi anda yang mempunyai rambut merah kerana ini berkaitan tahap yang lebih tinggi untuk mengidap kanser.

 

“Pada manusia, melainkan kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini menghadkan pengetahuan pada kesan fisiologi pigmentasi” kata Galvan .

Uban menandakan ketiadaan melanin. Ertinya uban merupakan tanda hidup yang sihat.

“Jauh dari tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan keadaan yang baik” tegasnya. Jadi , anda sudah beruban ? Subhanallah …

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top