Jangan Ambil Mudah Walaupun Perkara Itu Nampak Kecil… Tips Kelasamatan Kanak-Kanak Dalam Kereta

Masa Cuti Sekolah telahpun tiba dan ini bermakna berpusu-pusu kenderaan akan berada di atas jalan raya untuk kembali ke kampung masing-masing. Ini juga bermakna peningkatan jumlah kemalangan akan berlaku lagi seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

Jadi apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kecelakaan? Di sini kami ingin memberikan garis panduan untuk memastikan keselamatan anak-anak kita sewaktu dalam kenderaan untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

 

 

Sama seperti mana-mana negara di dunia ini, jumlah kematian kanak-kanak adalah cukup tinggi di dalam kemalangan di negara kita. Punca utamanya ialah kerana ramai kanak-kanak tidak menggunakan tali pinggang keledar ataupun talipinggang keledar yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

 

Bagi kanak-kanak berusia sekitar 7 tahun ke bawah, penggunaan tempat duduk kanak-kanak adalah amat penting. Ini kerana kebanyakan tali pinggang keledar yang dilengkapkan pada sesebuah kenderaan adalah tidak sesuai untuk saiz badan dan ketinggian mereka. Tempat duduk kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah ini.

 

Harga yang terlalu mahal

 

  • Ini merupakan alasan yang paling popular digunakan oleh para ibubapa. Tinjauan kami mendapati ada sesetengah tempat duduk berharga sekitar RM300 dan mempunyai kualiti buatan yang cukup baik. Semestinya ia bergantung kepada model dan jenama. Malah ada yang mencecah RM1000 ke atas. Tapi kami rasa ianya jauh lebih murah daripada telefon ataupun gajet berjenama yang digunakan oleh para ibu bapa kan?

 

 

Anak tidak mahu duduk/tidak selesa

 

  • Kanak-kanak perlu dibiasakan sebelum ia menjadi rutin. Mungkin pada peringkat permulaan anda boleh memberikannya permainan ataupun memasang rancangan kartun kegemaran mereka sewaktu dalam perjalanan. Bila ia menjadi kebiasaan bukankah ia akan menjadi lebih mudah? Ingat! Lebih baik anak anda menangis demi keselamatan daripada anda menangis di kemudian hari.

 

KEADAAN MERBAHAYA BAGI KANAK-KANAK DI DALAM KENDERAAN

 

Ruang dalam kenderaan boleh menjadi tempat yang merbahaya kepada kanak-kanak dan mereka tidak seharusnya dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

 

JIKA DIBIARKAN BERSENDIRIAN DALAM KERETA:

 

  • Strok haba dan dehidrasi akan menimpa kanak-kanak. Suhu dalam kereta akan meningkat sehingga 40 darjah Celcius berbanding suhu di luar. Malah menurut kajian, suhu akan meningkat sebanyak 75 peratus hanya dalam masa 5 minit.

 

  • Lebih memburukkan keadaan jika anda meninggalkan mancis ataupun lighter di dalam kereta.

 

  • Bermain dengan brek tangan kenderaan.

 

  • Menggunakan kuncian automatik yang menghalang orang dewasa memasuki kenderaan.

 

  • Tersepit di celah bukaan cermin tingkap.

 

 

Keselamatan dan nyawa bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Mungkin ada yang memberi alasan anak masih menyusu. Tetapi, seandainya kita menjadikan ia sebagai rutin, pasti lama-kelamaan anak terbiasa. Pangku anak ketika hendak menyusu dan letakkan semula ke kerusi kereta kanak-kanak selepas selesai.

 

Tidak dinafikan harga sebuah kerusi kereta kanak-kanak agak mahal hingga mencecah ribuan ringgit. Namun, masih ada banyak pilihan yang ditawarkan dalam harga berpatutan. Demi keselamatan si anak, rasanya tiada salah seandainya kita buat sedikit pelaburankan? Pilih dan belilah mengikut kemampuan.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top