Jangan kerana kita merasa miskin yang membuat kita enggan untuk bersedekah

Kisah seorang usahawan yang berjaya yang amat inpirasi buat diriku dan bakal pada anda.

 

 

1. Aku ada seorang kawan, seorang usahawan yang agak berjaya. Bisnesnya bermula tanpa hutang mahu pun pinjaman dan kini tetap kekal tanpa bantuan geran walaupun bolehlah dikira jauh lebih layak untuk memohon.

2. Baru-baru ini aku berkesempatan mengopi bersama beliau, disebalik kesibukan urusan niaganya. Lantas rahsia kejayaan bisnesnya cuba aku cungkil. Saat soalan aku ajukan, jawapan dari beliau agak mudah tapi menyentap naluri aku,

“Aku takde rahsia. Aku minta bantuan Allah dalam doaku. Aku keluarkan zakat yang sememangnya wajib atas keuntunganku. Malah, setiap kenalan yang aku temui, aku usaha untuk mencari peluang untuk menginfaqkan hartaku melaluinya”.

3. Dua (2) poin pertama aku jelas dan faham akan maksudnya tetapi tidak untuk yang ketiga lalu aku meminta beliau untuk memberikan contoh. Lantas kisah berikut dikongsikannya kepadaku.

 

 

“Baru-baru ini aku berkenalan dengan seorang pengusaha karpet. Kerjanya membekal dan memasang karpet ofis dan juga masjid serta surau. Lalu aku bertanyakan kalau-kalau aku boleh menyumbang kepada bisnes beliau satu amaun secara konsisten.

Memandangkan si pengusaha itu kurang jelas dengan maksudku, aku memaklumkan yang aku akan memasukkan sejumlah RM100 setiap bulan ke akaun syarikat beliau dan meminta si pengusaha tersebut niatkan duit tersebut untuk upah pemasangan karpet di surau/masjid sekiranya ada. Jika bulan tersebut tiada, maka aku meminta beliau untuk mengumpul jumlah yang aku sumbangkan tadi sehinggalah beliau mendapat job pemasangan karpet yang berikutnya di surau-surau atau masjid.

 

Dengan cara ini, aku turut dapat membantu menyediakan modal kerja beliau dan apa yang lebih penting lagi adalah, saham akhirat aku akan terus kekal selama mana karpet tersebut menjadi tempat solat mereka yang hadir ke surau/masjid tersebut. Itulah maksud sebenar poin ketiga (3) aku”.

 

4. Terdiam aku mendengar kisahnya. No wonder la, bisnes beliau kekal sihat di kala banyak bisnes yang mula sakit. Moga aku dapat mengikut jejak langkah beliau nanti.

 

Ya Allah, terima kasih menemu kan daku dengan orang ini, sesungguhnya sedekah itu besar rahmatnya.

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top