JANGAN PUTUS ASA….Allah akan beri

JANGAN PUTUS ASA….Allah akan beri

Tadi ada member tanya nk tips mcm mana nk tarik customer beli makanan. Dia berniaga nasi ayam di bazar dan this is the first year dia berniaga.

Satu je aku jawab kt dia, jangan putus asa. Allah tu Maha Pemurah. DIA takkan menghampakan orang-orang yang berusaha dan tidak putus asa.

Orang nampak seronok bila ayah aku berniaga kat bazar, penuh orang beratur. Setiap hari orang dah mula beratur sebelum kitorang sampai lagi. Alhamdulillah.

Orang nampak yang manis je. Orang takkan nampak macam mana bermulanya sesuatu tu sampai boleh jadi macam ni. 10 tahun beb. bukan setahun. bukan 2 tahun. bukan 3 tahun. tapi 10 tahun berniaga nak sampai ke tahap yang mcm ni.

Dari mula masak kt depan rumah je setiap tahun, Alhamdulillah tahun ni masak dekat kedai. Tu pun lepas 9 tahun beb. Korang boleh bayangkan sendiri macam mana keadaan rumah bila masak banyak-banyak. Bangun pagi sebelum subuh dah keluar pergi pasar sampai laa berbuka tak berhenti kerja wei. Tapi setiap kali tu jangan laa korang mengeluh.

Ayah aku selalu cakap dekat kami jangan pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kami menjerit nak tarik customer, “bang nasi briyani bang nasi briyani” sampai hilang suara. Dari tahun ke tahun, orang dah kenal dan orang mula beratur sendiri tak payah nak panggil-panggil lagi dah.

Lagi satu ayah aku pesan. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkn laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dari orang lain yang biasa bagi. Ni memang betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kami jual inshaallah korang memang boleh kongsi 2 orang. Memang seronok bila ada customer cakap “bang kitorng beli satu nasi je bang tapi cukup makan satu family” .

Ayah aku tu kalau ada bekas nasi yang lagi besar memang die dah beli dah. Tapi yang die guna ni je yang paling besar boleh jumpa dekat pasar tu.

Kadang-kadang bila aku terpaksa berbuka dekat luar dan beli lauk dekat bazar, rasa macam sedih giler bila tengok kondisi makanan yang mereka jual. Rasa mcm kenapa laa korang sanggup buat mcm ni eh. Tak kesian ke bila orang nak berbuka puasa tapi bila makan lauk yang dibeli tu rasa mcm hermm.

Berniaga ni memang seronok tapi ko kena ada semangat yang tinggi. Jangan berkira sangat soal makanan. Jangan rasa terlalu riak dengan rezeki yang korang dapat. Jangan buat orang yang beli makanan korang tu rasa sedih bila makan makanan yang korang jual tu. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA!

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.