Jangan Sumpah Anak-Anak Walaupun Hati Tercabar!

Ibu-ibu, Ayah-ayah…Jangan sumpah anak-anak walaupun hatimu tercabar!! Tahan marahmuu. Bila anak-anak mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati, lalu terdetik rasa marah hingga ke sudut hati. Rasa benci dan menyampah, maka hilanglah redho seorang ibu di saat itu. Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

Ingatlah wahai ibu, wahai ayah. Cepat-cepatlah beristighfar, jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta walaupun sekejap. Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita ataupun nyawa anak kita. Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka, selayaknya neraka jahannam lah buatnya. Nauzubillah..

Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya? Sedangkan anak-anak itu tidaklah begitu. Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

Selidikilah diri kita. Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama? Sejauh mana kita dampingi anak-anak dengan nasihat berguna? Sehebat mana kasih sayang yang kita curahkan? Sejauh mana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

Ibu ayah Jangan lupa. Anak yang terlalu dimanjai juga akan bisa bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibu bapa. Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang sering begitu dengan orang tua. Anak jadi liar kerana punca rezki yang dibajai tidak berkat. Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna. Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah. Anak yang degil bukan kehendaknya, kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya. Rawatlah ia.

Carilah di mana silap kita dalam mendidik anak-anak. Bukan semata-mata mencari salah si anak. Anak-anak itu acuan kita. Didiklah dari seawal kejadiannya. Peluk dan usaplah anak di saat dia memberontak. Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan. Pupuklah cinta Allah dalam keluarga. In Sha Allah, kita tak akan hilang pedoman. Anak-anak jadi soleh solehah kerana disulamkan dengan kasih sayang serta bimbingan bukan kutukan.

Peringatan Untuk Kita Bersama ya !

#MohViral

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top