Jangan sumpah ANAK walaupun hati tercabar, ramai yang melakukannya

Ibuu..Ayah..Jangan sumpah anak-anak walaupun hatimu tercabar!! Tahan marahmuu..Bila anak-anak mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati, lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati. Rasa benci dan menyampah, maka hilanglah redho seorang ibu disaat itu. Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

Ingatlah wahai ibu..wahai ayah. Cepat-cepatlah beristighfar, jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta walaupun sekejap. Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita ataupun nyawa anak kita.

Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka, selayaknya neraka jahannamlah buatnya. Nauzubillah..

Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya? Sedangkan anak-anak itu tidaklah begitu. Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

Selidikilah diri kita. Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama? Sejauhmana kita dampingi anak-anak dengan nasihat berguna? Sehebat mana kasih sayang yang kita curahkan? Sejauh mana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

Ibu ayah Jangan lupa. Anak yang terlalu dimanjai juga akan bisa bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa. Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang sering begitu dgn orang tua. Anak jadi liar kerana punca rezki yang dibajai tidak berkat. Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna. Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah. Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya.Rawatlah ia.

Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak2-anak. Bukan semata-mata mencari salah si anak. Anak-anak itu acuan kita. Didiklah dari seawal kejadiannya. Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak. Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan. Pupuklah cinta Allah dalam keluarga. Insyaallah, kita tak akan hilang pedoman. Anak-anak jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

Muhasabah Diri

Peringatan Kita Bersama ya !

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top