Kalau Nak Anak Berjaya, Didik Anak Pandai Berdikari Dan Yakin Diri

Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibubapa.Persoalannya bagaimana memupuk sikap berdikari sejak kecil dalam diri anak-anak?Jawapannya ada di tangan anda sendiri,pasti dapat menjadikan mereka anak-anak yang berdikari.

 

Mulakan dengan menjadikan rutin harian seperti menggosok gigi, memakai baju sendiri malah mengemas bilik tidur sebagai praktikal anak-anak belajar untuk lebih berdikari. Pastikan anda mulakan dari sekarang. Bukan sahaja untuk memudahkan tugas anda semata-mata tetapi untuk memastikan anak-anak membesar menjadi anak yang bukan sahaja mampu berdikari malah berdisiplin.

 

Untuk lebih jelas berikut lima rutin harian yang boleh anda mulakan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi seorang berdikari:

 

1.Menggosok gigi

 

Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul di hadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar lebih bersemangat. Jangan lupa untuk selitkan kebaikan menggosok gigi agar si kecil anda tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.

 

2.Mengemas tempat tidur

 

Kemampuan motorik halus anak pada usia ini memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.

Mulakan dengan tugas ringan seperti kemaskan bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai. Pastikan juga tempat tidur anda telah siap dikemaskan dan tersusun rapi. Anak perlukan contoh pada setiap perkara yang diajarkan.

 

3.Memilih pakaian

 

Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri sekitar usiaya dua tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun ada kalanya seperti tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka berkeksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu anak berani membuat keputusan.

 

4.Menyikat rambut

 

Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak melihat sendiri hasil rambut yang disikatnya.

 

5.Sarapan pagi

 


Sarapan dengan jumlah kalori yang tepat setiap pagi merupakan kebiasaan. Sarapan akan memberikan tenaga kepada si kecil untuk menjalankan aktivitinya sepanjang hari. Biasakan anak untuk sarapan di meja. Bila perlu ajak anak anda untuk siapkan sekali meja makan.

 

Oleh itu, bimbing anak kecil untuk berdikari dengan melakukan perkara baru setiap minggu. Kita pasti akan berasa gembira serta teruja melihat kejayaan mereka melakukan pelbagai perkara dari semasa ke semasa dengan hasil usaha mereka sendiri. Semoga, dengan usaha gigih ibu bapa mendidik anak untuk berdikari, anak-anak akan dapat menjalani kehidupan mereka dengan baik kelak.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top