KENAPA DOA KITA BELUM MAKBUL?, ALLAH TIDAK SAYANGKAN AKU KER

 

Pernah tak bila kita rasa hendakkan sangat sesuatu, kita meminta-minta dengan Allah, merayu-rayu supaya Allah bantu kita, tolong kita yang lemah lagi tak berdaya ni tapi Allah belum makbulkan?

 

Lepas tu, mula rasa nak give up. Jadi tak tentu arah. Tertanya-tanya kenapa doa kita tak makbul? Salah ayat ke? Kena doa waktu yang tepat ke? Allah tak terima doa aku ke? Allah tak sayang aku ke? Aku dah doa banyak kali, hampir setiap masa, minta perkara yang sama, tapi takde pape pun. Huhu.

 

Mesti terdetik sekali dua kan dalam hati kita rasa macam ni. Macam-macam yang buruk kita fikir bila doa belum dimakbulkan.

 

 

Sebaiknya bila dah terdetik macam ni, istighfar dulu banyak-banyak.

 

Kata ustaz Ebit Lew, Allah ni Maha Baik. Allah sentiasa nak dengar hambaNya merayu dan merintih, meminta hanya kepada Dia. Tidak ada kuasa selain Dia yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Allah segan jika tak pulangkan tangan kita dalam keadaan kosong apabila kita telah meminta.

 

Orang yang sentiasa berdoa tetapi belum dimakbulkan permintaannya diibaratkan seperti kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

 

Seharian cuba menahan lapar dan dahaga hingga hampir masuk waktu masih merengek-rengek kepada kedua ibu bapanya untuk berbuka.

 

Tetapi, ibu bapanya memujuk,’Sabar yaa. Sikit saje lagi dah nak berbuka.’

 

Si anak tetap memujuk, merayu untuk berbuka puasa. Katanya, dah tak boleh tahan lagi. Lapar, letih, tak bermaya, lembik.

 

Terus-terus ibu bapanya tetap memujuk berkali-kali,’Sabarlah. Kalau tahan sikit lagi, nanti ibu bagi upah.’

 

Lalu, si anak meneruskan puasanya hingga akhirnya dapat merasai nikmat berbuka dan juga menerima upah dari ibunya. Gembira hatinya bukan kepalang. Terasa seperti mendapat dua nikmat serentak.Tak sia-sia dia menahan diri dengan berpuasa sampai akhir.

 

Begitulah perumpamaan Allah menyimpan doa kita sehingga tiba pada waktu yang tepat, pasti Allah memakbulkan.

 

Kita rasa Allah tidak merasa belas dan kasihan pada kita yang selalu merintih kepadaNya tetapi hakikatnya Allah mahu kita lebih bersabar, lebih berusaha dan lebih konsisten dalam berdoa.

 

 

Nanti-nanti, pasti besar ganjarannya yang Allah beri atas kesudian kita bersabar dan terus bersabar. Percayalah.

 

Kata ustaz lagi, ada satu waktu mustajab untuk submit doa di antara Asar dan Maghrib pada hari Jumaat, yang mana Allah tidak akan menolak doa hamba-hambaNya.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top