“KENAPA DOKTOR MARAH PESAKIT TADI?” KESIAN ANAK MINUM SUSU FORMULA BANYAK SANGAT

Perbualan Seorang Doktor Dengan Jururawatnya Tentang Pesakit Yang Menjumpainya.

“KENAPA DOKTOR MARAH PESAKIT TADI?”

“Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai-bagai masalah, dan anak ini eczema selepas umur 4 tahun disebabkan ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.

Susu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash, nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu PH 7.35-7.45 dan tidak boleh lari dari PH ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan. Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan PH begini.

Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan PH darah. Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa diimbang dengan makanan yang mengeluarkan alkaline ash ?

Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan.”

Apakah makanan yang perlu untuk imbangkan?

Perlulah makan buah dan sayur dan jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.

Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit, tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat . Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak selepas umur dua tahun?

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top