Kisah Benar! Ibu-Ibu Yang Mengandung Patut Ambil Kisah Hal Ini Bila Berpuasa…

Mohon ibu ibu yang tengah hamil ni pertimbangkan perkara ni. Tolonglah jangan puasa kalau anda tak mampu. 3 tahun lepas, masa bulan puasa saya puasa dalam 22 hari walaupun pregnant 3 bulan. Saya jarang loya & muntah.

Doktor banyak kali bagitahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat & nutrient masa 1st trimester ni. Saya teruskan puasa sebab keadaan saya taklah teruk sangat. Loya muntah pun bila terbau bawang saja. Lepas raya, semasa kandungan 5 bulan doktor cakap anak saya tak mengembang & maybe berdepan komplikasi saraf tunjang.

Lagipun masa awal-awal mengandung saya tak makan langsung folic asid. Doktor cakap, kalau saya tak berpuasa, mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan Ramadan tu, kemungkinan untuk anak saya lahir sihat sangat tinggi.

Betul sis, lepas anak saya lahir dia memang kecil. 1.9 kg saja dengan ada problem di tulang belakangnya (spina bifida). Doktor cakap, untuk anak berkembang dengan elok masa kita makan tu kena jaga betul-betul & makan secukupnya. Kesian anak saya sekarang.

Nasihat saya, kalau anda mengandung & tak sihat tu tolonglah jangan puasa. Makanlah makanan sihat. Jangan skip makan. Lebih baik sis ganti puasa nanti dari terpaksa buatkan anak kita “berpuasa” seumur hidup….

Actually, ramai mommy rasa bersalah kalau tak berpuasa sedangkan dalam Islam adalah tak wajib berpuasa bagi ibu hamil & ibu yang menyusu untuk meneruskan puasanya jika beri kesan negatif pada diri & kandungan.

Bagi kes ni, ibu ini terlepas pandang 2 perkara :
1. Tak makan asid folik 3 bulan sebelum hamil dimana ia boleh beri kesan negatif  kepada perkembangan saraf tunjang bayi. (penyakit Spina Bifida & Hydrocephalus)
2. Since dah tak makan folic acid tu mommy sepatutnya perlu perbanyakkan makan sayur & buah, repair balik mana yang terkurang dulu. Maknanya jangan langsung berpuasa ketika itu.

Perkembangan anak sangat bergantung kepada apa yang mommy makan. Tolonglah jaga pemakanan.

Macam mana nak kenalpasti keadaan mommy & bayi ok atau tak untuk berpuasa?
Ketika ini, pregnant mommy bolehlah berjumpa doktor, minta doktor buat pemeriksaan & bincang mengenai puasa ini. Minta pandangan doktor.

Mommy, tolonglah ambil tahu keadaan mommy & anak dalam kandungan. Kalau tak sihat, tak boleh puasa, tolonglah jangan paksa diri. Mommy perlu jumpa doktor & berbincang pasal puasa ni….

Doktor akan melihat beberapa faktor bila berbincang pasal puasa ketika hamil ni :
– Adakah mommy muntah loya teruk sehingga tak lalu makan?
– Adakah kandungan mommy dalam lingkungan 1-3 bulan?
– Berapa jam mommy berpuasa kerana ada negara yang berpuasa lebih lama berbanding negara kita 12-13 jam sehari?
– Ketika mommy nak berpuasa ni cuaca sejuk atau panas, kerana cuaca panas boleh menyebabkan mommy mudah dehydrate.
– Bagaimana kesihatan mommy sebelum hamil?

Tolong ambil berat mengenai ini ya mommy. Berjumpalah dengan yang pakar demi kesihatan mommy dan anak yang dikandung..

#MohViral

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top