LUAR BIASA BAGI YANG MEMBACA AL-QURAN

 

Berkata Abdul Malik bin Umair,”Manusia yang tidak cepat tua ialah orang yang selalu membaca Al-Quran.”

“Manusia yang paling jernih akalnya ialah pembaca Al-Quran.”

 

  •  Berkata Al-Imam Qurtubi,”Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun.”

 

  • Imam Besar Ibrahim Al-Maqdisi memberikan wasiat kepada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah,

 

  • “Perbanyakkanlah membaca Al-Quran jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca.”

 

 

  •  Berkata Ibnu Solah,”Bahawasanya para malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca Al-Quran, oleh itu para malaikat sentiasa bersemangat untuk mendengar bacaan Al-Quran daripada manusia.”

 

  •  Berkata Abu Zanad,”Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW, sungguh tidak ada satu rumah pun yang aku lewati melainkan di dalamnya ada yang membaca Al-Quran.”

 

  • “Bergantunglah kepada Al-Quran, nescaya kau akan memperoleh keberkatan.”Allah SWT berfirman dalam surah Sad ayat 29,كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

 

  • “Sebuah kitab yang Kami telah turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka bertadabbur dengan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal memperoleh pengajaran.”

 

Berkata sebahagian ahli tafsir, “Manakala kita menyibukkan diri dgn Al-Quran maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkatan dan kebaikan di dunia dan di akhirat.”

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top