Manfaat Mengapa Perlu Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah

Dilahirkan sebagai wanita, kita adalah insan terpilih untuk mengambil peranan sebagai nadi dalam institusi kekeluargaan. Lemah nadi, maka lemahlah institusi secara keseluruhan.

 

Berdasarkan kepada perkembangan status pendidikan yang semakin baik, wanita kini mempunyai pilihan untuk bekerja bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Namun peranan wanita di rumah tidak boleh dipandang ringan. Mendidik anak-anak tidak semudah melakar corak menggunakan pensel warna di atas kanvas. Wanita yang bergelar isteri seharusnya mempunyai ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu moden untuk memastikan generasi yang dilahirkan boleh dididik dengan acuan yang sepatutnya.

 

Tugas mendidik tidak semudah mengupah seorang pembantu rumah, bukan sekadar menghantar ke rumah pengasuh atau membayar wang upah kepada pusat penjagaan kanak-kanak. Segalanya bermula dari rumah. Memilih sebagai suri rumah tangga yang berhemah bukan sekadar menjaga hal ehwal pengurusan rumah tangga, tetapi perlu memunyai ilmu bagi mendidik generasi masa hadapan yang berkualiti.

 

Kini dengan kemajuan teknologi maklumat, wanita perlu mengambil peluang untuk kembali berada di rumah tetapi masih boleh menjana pendapatan.

 

 

Berikut beberapa manfaat mengapa anda perlu memilih untuk bekerja dari rumah.

 

1. Mendapat kebebasan peribadi

 

  • Aspek yang paling menarik untuk memulakan bisnes atau kerja dari rumah adalah kesempatan untuk berusaha, berdikari dan mencuba pelbagai peluang. Anda tidak lagi terkongkong dengan kehidupan bekerja dari jam sembila pagi sehingga lima petang.

 

  • Tidak ada bos yang memerhati, tidak ada budaya kerja syarikat untuk dipatuhi. Paling menarik, tidak ada jadual kaku atau berhadapan dengan kesesakan jalan raya setiap pagi dan petang!

 

2. Menuai pendapatan tanpa had

 

  • Dalam bajet perbelanjaan, sudah tentunya banyak berjimat dari segi masa, minyak petrol dan kos pengangkutan. Tidak perlu mengeluaran bajet membayar sewa pejabat, segalanya hanya di rumah. Antara keupayaan menguasai penjimatan ini, anda seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan tanpa had.

 

  • Mehamai apa itu pendapata pasif dan aktif, membantu anda membuat perancangan kerja untuk menghasilkan atau penjanaan sumber pendapatan daripada pelbagai sumber. Tentu sahaja ini memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan.

 

3. Sentiasa bersama keluarga

 

  • Kebanyakan orang memilih untuk bekerja atau membuat bisnes dari rumah dengan matlamat mahu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah mempunyai lebih daripada seorang anak.

 

  • Suami atau isteri boleh membantu dalam pelbagai aspek perniagaan sementara anak-anak memiliki kesempatan untuk melihat pekerjaan ibu bapa. Anak-anak boleh melihat bagaimana ibu bapa bekerja dari rumah.

 

 

4. Mudah menghadapi kecemasan

 

  • Bekerja di rumah sudah tentunya memberi keleibhan teutama jika menghadapi situasi kecemasan. Lebih-lebih lagi jika ahli keluarga tiba-tiba jatuh sakit, mengalamai kemalangan dan berlaku kematian. Anda tidak lagi tertekan kerana perlu mengambil cuti.

 

  • Tidak berhadapan dengan rekod prestasi jika mengambil cuti yang lama menjaga anak sakit atau kes kecemasa. Juga boleh bekerja selama mana yang anda mahukan, kerana jam kerja di bawah kawalan sendiri.

 

  • Boleh sahaja merawat anak yang sakit dan bekerja lewat malam selepas menyiapkan hidangan keluarga. Tidak perlu lagi pening kepala dengan politik pejabat yang menjengkelkan dan hanya perlu mengikuti jadual kerja yang ditentukan sendiri.

 

 

5. Kebebasan gaya kerja

 

  • Jika dahulu anda seorang pegawai kewangan, setiausaha, kerani pentadbiran atau apa sahaja jawatan. Pekerjaan tersebut bergantung kepada skop kerja dan tugasan yang diarahkan majikan. Kadangkala anda tidak mempunyai minat kerana terpaksa melakukan pelbagai tugas di luar skop pekerjaan.

 

  • Mahu atau tidak, anda perlu menurut perintah dan melakukannya dengan perasaan tidak ikhlas. Bekerja dengan separuh hati, bukan bekerja dengan sepenuh hati!

 

  • Apabila bekerja sendiri, anda boleh melalukan pelbagai tugasan mengikut kemahuan dan matlamat yang ingin dicapai. Bukan sahaja bertindak sebagai pengurus, malah merangkumi kesemua tugas seperti kewangan, pentadbiran, operasi dan sebagainya.

 

  • Anda bebas untuk belajar dan melakukan pelbagai pekerjaan berkaitan dengan tugas. Pemilik soho biasanya menguruskan bisnes skala kecil, merangkumi keseluruhan operasi, pemasaran, jualan, khidmat pelanggan dan perakaunan. Pun begini penyelarsan tugas juga boleh berlaku apabila bisnes dari rumah sudah berkembang dengan baik.

 

  • Anda juga boleh mempelbagaikan kegiatan untuk mengelakkan perasaan bosan. Semakin banyak skop tugasan yang dilakukan, semakin tinggi kemahiran dan bertambah pengalamna. Perkembangan pekerjaan atau bisnes berskala kecil, sudah tentunya memberi impak kepuasan secara peribadi dan mampu menjad pendapatan sebagaimana yang dinginkan.

 

6.Meningkatkan produktiviti

 

  • Berdikari dan bekerja dengan skala sendiri, berupaya membuatkan individu lebih produktif. Semakin berusaha, semakin bertambah pengalaman, dan jug usaha luar biasa boleh mmeberi anda kepuasa dengan setiap pendapatan hasil usaha sendiri.

 

  • Jika jurang bekerja, kuranglah pendapatan yang diperolehi. Tambahan pula anda sudah banyak meneroka banyak peluang pendapatan tanpa had, sudah tentunya memberi motivasi kepada diri untuk bekerja dengan lebih tekun dan bersemangat.

 

Jika diimbas kembali pekerjaan wanita pada zaman nabi dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah. Sekiranya memilih bekerja, pilihan yang baik adlaah bekerja di sekitar rumah sahaja.

 

Doktor wanita Islam yang pertama ialah Rufadyah Al-Islamiyah. Nabi di medan perang, menyediakan makanan untuk askar-askar Islam dan juga mengurus jenazah wanita Islam di Madinah. Tugas mereka sangat penting dan keperluan ‘tugas khas’ yang memerlukan khidmat mereka.

 

 

Peredaran zaman membawa pengaruh yang begitu memberangsangkan dan memberi tarikan kepada wanita untuk membina kerjaya di luar rumah. Kadangkala dengan pengaruh dunia luar mendorong wanita tidak mampu mengawal pergaulan tanpa batas dan juga pengaruh berbelanja, bergaya dan status ‘ketua’ di pejabat terbawa-bawa sehingga di rumah.

 

Sekiranya wanita yakin dapat menjaga aurat, pergaulan dan tuntutan ekonomi mendesak, memilih bekerja di luar rumah adalah pilihan untuk membantu ekonomi keluarga. Namun keperluan wanita kembali berada di rumah adalah satu usaha untuk mengembalikan peranan wanita mendidik anak-anak dan membantu menguragkan gejala sosial yang semakin parah, penderaan kanak-kanak, juga mengembalikan keharmonian Rumahku Syurgaku.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top