Masalah Pipi Tembam? Dagu Berlapis? Tips Bawah Mungkin Membantu….

Ada orang merasakan comel dengan pipi yang tembam dan ada juga yang merasakan tidak cantik dengan pipi yang tembam. Kebanyakan wanita khususnya tidak suka dengan pipi yang tembam. Memiliki pipi yang tembam ibarat “orang gemuk” walaupun tubuh badannya tidaklah kelihatan “chubby”.
 
 
Bahagian pipi ini selalunya menjadi masalah bagi ramai wanita kerana ada juga wanita yang kurus tetapi memiliki pipi yang tembam. Pipi tembam tidak semestinya dimiliki oleh wanita yang gemuk sahaja.
 
 

Badan dah ramping tapi masalahnya muka bulat dan pipi tembam. Ada cara ke nak bagi muka dan pipi sama ramping dengan badan? Kalau anda nak buat melalui pembedahan pun ada. Kos yang tinggi terpaksa ditanggung dan pada masa yang sama kesakitan yang dialami. Jadi mesti anda akan terfikir,bolehkah kalau nak kurangkan lemak dekat muka dan pipi.So, kat sini kami nak share cara nak kecilkan muka dan pipi yang paling senang,jimat dan selamat.

 

 

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

 

1)Lakukan Senaman Rahang

 

  • Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi.

 

  • Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

 

2)Urut Halus Di pipi

 

  • Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah.

 

  • Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

 

3)Guna Teknik Solekan Yang Betul

 

  • Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu.

 

  • Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.

 

 

4)Ais Batu

 

  • Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari.

 

  • Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak

 

4 SENAMAN KECILKAN PIPI TEMBAM

 

1)Senaman Pipi

 

  • Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set.

 

  • Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

 

2)Bibir

 

  • Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali.

 

  • Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

 

3)Sedutan

 

  • Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas.

 

  • Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

 

4)Senaman O

 

  • Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul.

 

  • Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

 

 

Punya pipi tembam itu istimewa. Ia menggemaskan, senyumnya manis, awet muda dan masih banyak lagi.Salah satu keistimewaan pipi tembam ialah Seksi..Tak hanya seksi, kamu juga akan terlihat sangat keren dan lucu abis.Ada banyak hal menarik yang membuatmu terlihat makin mengesankan dan mempesona meski kamu punya pipi tembam. Selain seksi, kamu juga akan dikatakan sebagai seseorang yang ramah dan sabar. Banyak orang yang akan sayang dengan kamu kerana mereka suka bergurau dengan kamu kerana pipi tembam yang kamu ada. Sementara kamu, kamu hanya akan membalas gurauan tersebut dengan senyum manismu. Emmm, jadi semakin seksi bukan?

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top