Mengapa Isteri Perlu Mohon Izin Suami?

 

Semua orang tahu betapa besar kuasa suami ke atas isteri.besarnya kuasa itu sehingga disebut bahawa syurga isteri adalah dibawah tapak kaki suami.Namun begitu tindakan memaksa kuasa itu ke atas isteri pasti akan menimbulkan tentangan sekiranya tidak difahami hikmahnya.Antara yang selalu dipertikaikan ialah kenapa isteri perlu meminta kebenaran suami?hendak keluar rumah perlu minta kebenaran suami.Hendak buat itu perlu minta kebenaran.Hendak buat ini semua perlukan kebenaran suami.

 

 

Adakah isteri zaman sekarang tidak cukup akal sehingga segalanya perlu kebenaran suami?Bila difikirkan begitu dan ditambah pula dengan hasutan syaitan maka memang itu dirasakan perintah itu tidak adil.Sebenarnya dalam perintah itu,tersembunyi hikmah yang sangat besar.Oleh kerana hikmah inilah juga perintah itu kekal relevan untuk kebahagiaan rumah tangga sepanjang zaman.Itulah yang akan saya kongsikan dalam artikel minggu ini.

 

Suami akan Dipertanggungjawabkan

 

Pertama,anda perlu meminta kebenaran suami bukan kerana beliau lebih pandai dari anda.Buka juga kerana ada tidak bijak membuat tindakan.Anda diwajibkan bebuat begitu kerana anda adlah isterinya.Anda adalah separuh dalam apa yang dipanggil pasanagn suami isteri yang saling memerlukan.Oleh itu,setiap keputusan dan tindakan penting yang dilakukan secara automatik akan membawa resam bersama.

 

 

Namun ada satu perbezaan besar antara suami dan isteri.Sebagai suami dia akan dipertanggungjawabkan secara total atas apa juga akibat buruk kesan daripada tindakan anda itu.Sudah tentu,sebagai isteri yang baik,anda tidak menyusahkan suami dengan memaksanya bertanggungjawab atas tindakan anda yang dia tidak tahu.

 

 

Apa anda rasa apabila suami bertanya kepada anda sebelum merancang sesuatu? Sudah tentu anda rasa dihormati.Sebagai suami dia ada kuasa bertindak sendiri tetapi sanggup merendah diri dengan bertanyakan pendapat anda terlebih dahulu.Itu dia sebagai suami.Bayangkan anda pula sebagai isteri berbuat begitu.Sudah pasti itu memberi isyarat bahawa anda menghormati dia sebagai suami.Sebagai lelaki,dia mahu rasa dihormati dan sebagai balasan pasti dia akan lebih menyanyangi anda selepas itu.

 

 

Namun,ada juga yang bertanya,kenapa isteri sahaja yang perlu meminta suami suami rasa dihormati?Maaf,sebenarnya saya bukan bermaksud begitu!Apabila anda meminta kebenaran suami,apa yang berlaku sebenarnya ialah anda juga mempunyai kuasa tetapi tidak mahu membuat keputusan sendiri.Anda mungkin golongan isteri yang lebih berpangkat tinggi berbanding suami dan logik akal menyatakan anda mampu bertindak sendiri.

 

 

Yang cantiknya ada tidak mahu menggunakan kuasa itu.Anda mencintai dia dan mahukan kebahgian bersama.Segalanya itu bermula dengan sentiasa meminta kebenaran dan pendapat daripada suami sebelum membuat keputusan.

 

Punca Konflik

 

Hampir semua konflik yang berlaku atas muka bumi ini berpunca daripada salah faham komunikasi.Bayangkan jika isteri terus membuat tindakan tanpa meminta kebenaran suami,pasti akan timbul konflik antara mereka.Apabila isteri berbincang terlebih dahulu ia boleh menepis situasi saling meyalahkan antara satu sama lain di masa hadapan.

 

 

Perkahwinan itu adalah satu perkongsian hidup.Ia bukan sekadar berkongsi rumah atau berkongsi bilik tidur sahaja.Ada ramai pasangan mengeluh kerana merasa seperti hidup sendiri-sendiri.Jika dulu sebelum berkahwin,mereka boleh duduk bersama,merancang hari bahagia tetapi selepas kahwin semuanya hilang entah ke mana.

 

 

Macam mana detik-detik itu tidak hilang apabila masing-masing membuat keputusan tanpa berbincang atau berbuat sesuatu tanpa meminta kebenaran?Sebagai pasangan suami isteri,saling berbincang dan membuat keputusan bersama adlah lalaun kepada detik-detik bersama yang indah itu.

 

 

Suatu hari setelah ulanh tahun jubli emas maka detik-detik bersama itulah yang akan diceritakan kepada anak cucu yang mendengar nanti.InsyaAllah.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top