NASIB SEORANG SUAMI..BARU SAHAJA KAHWIN, ISTERI MINTA CERAI KERANA TIDAK SOLAT !

Realitinya, masih ada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Lagi parah, ada yang puasa tetapi tidak solat. Allah… ini satu barah!

Di Riyadh, Arab Saudi, seorang wanita menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak menunaikan suruhan Islam.

Menurut laporan media Arab Saudi, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam). Ini sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Ramai netizen menyokong tindakan wanita tersebut kerana solat merupakan perkara wajib dan tiang dalam rumah tangga.

“Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah,” kata salah seorang nitizen.

Sementara itu ada juga yang menentang tindakan wanita itu dan menyatakan bahawa wanita itu bertindak terburu-buru.

“Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan solat.”

Ini pula pendapat daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman bab pasangan yang tidak solat…

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami ‘keladak’ yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat. Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH (hanya fokus ini sudut hukum agama, sudut sukarnya urusan mahkamah itu hal administrasi).

Nabi sebut dalam hadis sohih ( إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ) Ertinya : Sempadan diantara seorang lelaki/wanita dengan KEKUFURAN adalah MENINGGALKAN SOLAT) – Hadis riwayat Muslim`

Allah menyebut dalam Al-Quran orang yang tidak solat, tidak mendapat sebarang Syafaat di akhirat. Ia tanda tidak solat beerti seperti sudah terkeluar dari Islam sehingga tiada layak dapat syafaat sama sekali.

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ..

فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ

(Surah al-Mudatthir ayat 43 dan 48)

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top