Orang Muda Pun Kena Gout? Jangan Main-Main Dengan Gout

GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

 

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

 

Penyakit Gout Dan Cara Merawat

 

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

 

 

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

 

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

 

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

 

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

 

 

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

 

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

 

  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

 

  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

 

  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

 

  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

 

 

TANDA GOUT Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

 

  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

 

  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

 

  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

 

  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

 

  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Antara makanan yang harus dielakkan:

1)Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

2)Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

3)Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

4)Daging merah

5)Cendawan

6)Yis (roti putih, roti manis)

 

PENCEGAHAN Rehatkan sendi semasa serangan gout.

  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut.

 

 

  • Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku. Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil.

 

  • Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.

 

  • Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan Mengelakkan minuman keras Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

 

  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

 

  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. Minum banyak air Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan Gout adalah penyakit yang boleh dirawat.

 

  • Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

 

FAKTA: Golongan berisiko

 

  • Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

 

  • Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan goutMereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat.

 

  • Wanita putus haid.

 

  • Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

 

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi.

 

 

Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan.

 

Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

 

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top