Padah Ketagih Rokok Ketika Hamil, Kesan Rokok Kepada Wanita Mengandung Adalah Sangat Menakutkan

Jika tidak kuat jati diri ibu hamil tetap cenderung mnehisap rokok walupun menyedari ia membahayakan kesihatan bayi dan diri senriri.Namun apa yang mereka tidak sedari,kesan daripada merokok ketika hamil ini akan mempengaruhi ibu dan babi sebelum,semasa dan selepas bayi itu dilahirkan.

 

 

Bahaya rokok pada ibu hamil

Nikotin(bahan ketagihan dalam rokok),karbon monosikda,dan pelbagai toksin llain dari rokok akan dibawa melalui saluran darah anda dan menjejaskan perkembangan bayi melalui uri dan tali pusatnya.
Bagaimana merokok boleh menjejaaskan anda dan bayi?

• Mengurangkan jumlah oksigen yang disediakan kepada anda dan bayi yang sedang berkembang

• Meningkatkan kadar denyutan jantung bayi anda

• Meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran nanti

• Meningkatkan risiko bayi pramatang

• Meningkatkan risiko bayi yang dilahirkan berat badan yang rendah

• Memjejaskan perkembangan sistem pernafasan(paru-paru)bayi

• Meningkatkan risiko kecacatan bayi

 

 

Bagaimana asap terpakai (secondhand smoker) menjejaskan bayi?

• Asap terpakai juga dikenali sebagai asap pasif dipersekitaran iaitu gabungan asap dari rokok yang sedang terbakar dan asap hembusan oleh seorang perokok.

• Asap yang membakar hujung rokok atau cerut sebenarnya mengandungi bahan yang lebih merbahaya9tar,karbon monoskda,nikotin dan lain-lain)daripada asap yang disedut oleh perokok

• Jika pasangan atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama anda merokok,asap rokok juga boleh memberi kesan kepada anda dan bayi sebelum dan selepas kelahiran

• Terutamanya meningkatkan risiko bayi seperti kanser paru-paru,penyakit jantung,alahan,asma dan masalah kesihatan yang lain.

• Bayi yang terdedah pada asap terpakai juga boleh mengurangkan fungsi paru-paru dan berisiko tinggi untuk sindrom kematian bayi mengecut

 

 

Tip berhenti merokok ketika hamil

1) Pastikan mulut dan tangan anda sibuk mengunyah gula-gula getah dab buah-buahan untuk mengalihkan fikiran dan melupakan rokok

2) Senaraikan nota peringatan sebab-sebab anda harus berhenti dan bacanya apabila anda merasa keinginan untuk merokok

3) Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti rokok

4) Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan anda

5) Jauhkan diri daripada orang merokok

6) Membasuh tangan selalu dan kerap mandi

7) Memohon doa pada ilahi agar dikuatkan azam dan tingktakan usaha untuk berhenti rokok buat selama-lamanya

8) Jumpalah pakar kaunseling dan doctor yang boleh menolong anda berhenti merokok.

 

Jika Anda bukan perokok namun berada di lingkungan yang kental dengan asap rokok, tuntut suami dan rakan kerja anda untuk menghormati nyawa yang ada di dalam rahim anda. Jika pekerjaan Anda memaksa anda untuk tetap bekerja di lingkungan berasap rokok saat hamil, fahami bahawa lingkungan ini adalah ancaman bagi keselamatan bayi anda dan dapat dijadikan alasan kuat untuk menuntut pemindah tugasan ke lingkungan yang lebih aman. Secara hukum, anda memiliki hak untuk bekerja di lingkungan bebas asap rokok.

 

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top