Patutnya Semua Suami Kena Buat Macam Ini Kalau Tetiba Hadap Air Wajah Isteri Yang Masam Mencuka!

Suami yang baik bukanlah menyerahkan apa ada pada isterinya.Tetapi suami yang baik adalah suami yang “halim”.Hslim maksudnya adalah suami yang sabar,tidak cepat melentingmarah ketika isterinya kurang akal.

 

Sesekali kalau tengok pasangan bermasam muka, cubalah ambil tahu walau malas nak hadap. Ya, bukan mudah dan jaga hati si dia tambah pula kalau tanpa sebab tengok layanan atau air wajahnya berubah sekelip mata. Kalau buat tak tahu boleh jadi perang dingin, jadi apa kata anda ikut cara seperti yang dikongsikan oleh seorang Doktor Taufiq Razif ini…

 

Semalam entah kenapa saya rasa gelisah je bila pandang wajah isteri saya. Setiap kali dia pandang saya mukanya agak masam mencuka dan berkerut je sepanjang hari.Jadi saya pun keluar rumah. Saya ke masjid untuk tenangkan diri. Dalam hati saya memang sangat-sangat tak puas hati. Yela, seorang isteri mana boleh bermasam muka di depan suami kan? Suara ego dalam diri saya membentak bentak tanda tak puas hati.

 

Bila dah solat Zohor dan jiwa dah agak tenang saya pun Whatsapp isteri. Bagi saya dalam hubungan suami isteri ni kena ada sikap saling terbuka. Kadang-kadang apa yang kita simpan dalam hati kononnya nak jaga perasaan si dia la yang boleh menjadi bom masa dalam rumahtangga. Sampai waktunya, ia akan meletup dan lafaz cerai boleh terucap!

 

Saya Whatsapp isteri saya tentang ketidakpuasan hati saya pada dia. Panjang berjela saya tulis tentang hukum bermasam muka di depan suami.Oh! Dah bluetick!Tapi hampa. Tiada balasan.Bila saya sampai je rumah wajah isteri saya lain macam. Ya Allah! Punya la berseri wajah dia. Bila bercakap pun lemah lembut je. Bila bersembang pun senyum je. Alamak! Ni bidadari dari kayangan ke siapa ni?

 

Semalam la saat paling indah dalam hidup saya sampaikan saya dah lupa masalah antara saya dan dia sampai la selepas subuh tadi baru la saya tiba-tiba teringat ” Ya Allah. Patut la bidadari saya ni masam je. Dia datang bulan rupanya. Saya lupa! “

 

Ya Allah. Saya jadi sebak dan sayu. Saya pegang tangan isteri saya yang tengah tidur. Saya belai tangan dia. Saya cium tangan dia. Saya pegang telapak tangannya sambil berkata di dalam hati ” Ya Allah. Ni la tangan yang dah bekerja keras membantu saya mengharungi hidup berumahtangga. Tangan ni la yang membantu saya mencuci pinggan, membasuh baju dan menjaga anak walaupun itu bukanlah tugas hakiki seorang isteri. Maafkan abang sayang. Maafkan abang. “

 

Kepada para suami semua. Kita kena belajar untuk faham bila isteri kita agak bermasam muka ketika datang bulan. Boleh jadi mereka sedang mengalami Pre-Menstrual Syndrome ataupun senggugut. Dimaafkan pada sisi agama jika mereka termasam muka sekalipun sebab ianya dikira musibah syar’iyyah.

 

Bila kita faham ilmu ni insyaAllah kita para lelaki takkan mudah terasa hati dengan para isteri kita. Rumahtangga pun akan lebih berseri kalau kita faham dan amik tahu tentang psikologi dan fisiologi seorang bidadari bernama isteri.

 

p/s : Tolong saya tag dan sebarkan ilmu ni pada semua pasangan suami isteri yang korang semua kenal. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk hubungan dan ikatan mereka semua.

 

Anda Suka Artikel Ini? Klik Like Dan Share Ya Agar Lebih Ramai Dapat Info Yang Baik Ini. Terima kasih Di Atas Kerjasama Anda.
Scroll to Top